jump to the contents

Pengerusi dan Lembaga Pengarah

Gen (R) Tan Sri (Dr) Dato´Paduka Mohamed Hashim Bin Mohd.
Pengerusi, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif
Jeneral Tan Sri (Dr.) Dato’ Paduka Mohamed Hashim Bin Mohd. Ali ( Bersara ) - 75 tahun – Warganegara Malaysia

Jeneral Tan Sri (Dr.) Dato’ Paduka Mohamed Hashim Bin Mohd. Ali ( Bersara ) telah dilantik sebagai Pengerusi Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 5 September 1995. Beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit pada 1 November 2002 tetapi kekal sebagai ahli Jawatankuasa. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Saraan dan ahli Jawatankuasa Pencalonan. Beliau menghadiri kesemua lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.

Beliau adalah lulusan Diploma Pengurusan Lanjutan daripada Harvard Business School dan telah diberi anugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat oleh University of Salford, United Kingdom pada Januari 1999.

Jeneral Tan Sri (Dr.) Dato’ Paduka Mohamed Hashim Bin Mohd. Ali (Bersara) menyertai Ajinomoto (Malaysia) Berhad sejurus selepas beliau bersara sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia di mana beliau telah menabur bakti selama 39 tahun dengan penuh dedikasi. Sepanjang tempoh beliau berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia, beliau telah memperkenalkan gagasan penyusunan semula dan pemodenan Angkatan Tentera Darat.

Beliau turut menjadi Pengerusi Kumpulan Country Height Holdings Berhad serta Delloyd Ventures Berhad. Di samping itu, beliau juga menjadi ahli Lembaga Pengarah Hong Leong Financial Group Berhad, Mines Excellence Golf Resort Berhad, Borneo Highlands Hornbill Golf & Jungle Club Berhad, Bluwater Developments Berhad dan beberapa syarikat persendirian yang lain.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Mitsunobu Suzumi
Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Urusan
Hiroshi Amano - 49 tahun –Warganegara Jepun

Encik Amano telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Urusan pada 1 Julai 2009. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Saraan. Sejak pelantikan untuk menganggotai Lembaga Pengarah, beliau menghadiri kesemua tiga mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan.

Encik Amano adalah lulusan Jabatan Ekonomi, Sophia University, Jepun pada tahun 1983.

Beliau menyertai Ajinomoto Co., Inc Jepun pada tahun 1983 dan memulakan kerjayanya dengan Pejabat Jualan Yamaguchi Cawangan Hiroshima. Sejak dari itu beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam Kumpulan Syarikat Ajinomoto di dalam dan di luar Jepun

Beliau turut menjadi ahli Lembaga Pengarah Malaysia Packaging Industry Berhad.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Adinan Bin Husin
Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas
Adinan Bin Husin - 64 tahun – Warganegara Malaysia

En. Adinan dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 26 Julai 1991. Beliau turut menjadi ahli Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Saraan. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan. Beliau menghadiri kesemua lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.

Beliau seorang pakar teknologi makanan yang terlatih dan memegang Ijazah Sarjana Sains Makanan daripada University Hawaii, AS.

Beliau pernah memegang jawatan Pengarah Pusat Teknologi Makanan, MARDI selama 10 tahun dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Pusat Perkhidmatan Teknikal pada tahun 1996.. Semasa memegang jawatan ini, beliau dilantik untuk menjadi ahli pelbagai jawatankuasa Antarabangsa dan Kebangsaan termasuk Kumpulan Pakar/Perunding FAO bagi Pemprosesan Rantau Pasifik, Rangkaian untuk Pendidikan dan Pembangunan Kurikulum dalam Industri Agro, Penyelaras Kebangsaan bagi Industri Makanan Berskala Kecil Asia dan berbagai-bagai jawatankuasa yang berkaitan dengan Makanan/Pertanian. Beliau juga adalah Ahli Panel Pakar bagi Bidang Prioriti Penyelidikan Intensifikasi (IRPA) dalam pemprosesan makanan bagi Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar selama lebih daripada 5 tahun. Sebagai menghargai pengalaman, penglibatan dan sumbangan aktif beliau kepada industri makanan tempatan, Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT) telah menganugerahkan beliau Fellow MIFT pada tahun 1999.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Dato´ Professor (Dr) Teo Chiang Liang
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Dato' Profesor (Dr) Teo Chiang Liang - 60 tahun – Warganegara Malaysia

Dato' Teo dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 28 Jun 2001. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit pada 1 November 2002.. Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Saraan. Beliau menghadiri kesemua lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Pengajian Perniagaan dan M.Sc dalam bidang Pengurusan& Pentadbiran dari United Kingdom, Dato’ Teo telah mendapat latihan di The Chartered Bank dan Pillar Naco Ltd di UK.

Sejak tahun 1975, beliau telah menyertai dan berkhidmat dengan Kumpulan See Hoy Chan Holdings, sebuah syarikat pelbagai cabang, dan memegang berbagai jawatan semasa bertugas di sana. Beliau adalah Ketua Setiausaha Persatuan Kolej & Universiti Swasta sejak tahun 1997 hingga Mac 2003 dan kini memegang jawatan Naib Presiden. Beliau dilantik sebagai ahli Panel Penasihat Pendidikan MSC pada tahun 1998. Beliau juga adalah ahli seumur hidup Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Pada tahun 1998, The Nottingham Trent University di UK telah melantik Dato' Teo sebagai Profesor Pelawat Universiti ini dan menganugerahkan beliau dengan ijazah Kedoktoran kehormat dalam bidang Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2001. Pada tahun 2006, Dato’ Teo dilantik sebagai ahli Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Dr Goh Chin Siew
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Dr. Goh Chin Siew - 73 tahun – Warganegara Malaysia

Dr. Goh dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 28 Jun 2001. Beliau turut menjadi ahli Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan dan Jawatankuasa Saraan. Beliau menghadiri empat daripada lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.

Dr. Goh merupakan seorang perunding perubatan. Beliau adalah lulusan daripada Fakulti Perubatan University of Hong Kong pada tahun 1964 dan merupakan seorang Cendekiawan Chan Weng. Beliau adalah fellow Royal Australisian College of Physicians (Perubatan Pekerjaan) serta ahli Akademi Perubatan Malaysia. Beliau pernah memegang jawatan pengarah Hamburg Re-Insurance Company, Jerman, dan pengarah/penasihat perubatan bagi beberapa syarikat insurans antarabangsa dan tempatan. Di samping itu beliau turut berkhidmat sebagai Pakar Perubatan Kesihatan Pekerjaan, serta pakar perubatan keluarga. Sebelum ini beliau turut memegang jawatan presiden Kelab Rotary Shah Alam dan Kelab Rotary Bukit Bintang.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Hitoshi Sasaki
Pengarah Eksekutif
Hitoshi Sasaki - 47 tahun – Warganegara Jepun

En. Sasaki dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 1 Julai 2007. Beliau menghadiri kesemua lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.

Beliau memegang ijazah Sarjana daripada Jabatan Sains & Teknologi Makanan, School of Agriculture, Universiti Kyusyu, Jepun pada tahun 1987.

En. Sasaki menyertai Ajinomoto Co., Inc., Jepun pada tahun 1987 dan memulakan kerjaya beliau dalam Makmal Penyelidikan Pusat dan telah memegang berbagai jawatan di ibu pejabat sehinggalah dilantik untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Penyelidikan dan Pembangunan Syarikat pada tahun 2007, di Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Makoto Tatsumi
Pengarah Eksekutif
Makoto Tatsumi - 47 tahun – Warganegara Jepun

En. Tatsumi dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 6 Julai 2005 dan memegang jawatan Pengarah Eksekutif, Kewangan Syarikat. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Saraan. Beliau menghadiri kesemua lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.

En. Tatsumi adalah lulusan Fakulti Undang-undang, University of Tokyo, Jepun pada tahun 1986.

Beliau menyertai Ajinomoto Co. Inc., Jepun pada tahun 1986 dan memulakan kerjaya di Jabatan Jualan, Cawangan Fukuoka. Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti pengurusan di jabatan jualan dan pembelian di ibu pejabat.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Mazlan Bin Ab. Rahman
Pengarah Eksekutif
Mazlan Bin Ab. Rahman - 58 tahun – Wargenagara Malaysia

Tn. Hj. Mazlan dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 10 Julai 2000. Beliau menghadiri kesemua lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.

Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains (Kep) dalam bidang Sains Makanan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1976. Beliau juga telah menghadiri sesiri kursus teknikal dan pengurusan peringkat tinggi yang diadakan di Malaysia dan di luar negara, terutamanya di Jepun. Beliau juga merupakan seorang Juruaudit Dalaman bertauliah untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar.

Beliau menyertai Jabatan Teknikal Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada tahun 1976. Sehingga hari ini beliau telah dinaikkan pangkat beberapa kali dan berkhidmat dalam berbagai kapasiti. Pada tahun 2000, beliau telah dilantik sebagai Pengurus Kilang tempatan yang pertama dalam sejarah 36 tahun Syarikat ini.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Dato´ Hj. Shaharuddin Bin Hj. Haron
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Dato´ Hj. Shaharuddin Bin Hj. Haron - 72 tahun – Warganegara Malaysia

Dato’ Hj. Shaharuddin dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 31 Oktober 2002 dan telah menghadiri kesemua lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Audit. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kep) daripada Universiti Malaya dan Sarjana dalam bidang Ekonomi daripada University of Pittsburgh, AS.

Beliau telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia selama tiga puluh tahun. Dato’ Haji Shaharuddin memulakan kerjaya perkhidmatan awamnya di Jabatan Perdana Menteri dari 1963 hingga 1979. Di jabatan ini beliau memegang beberapa jawatan di Unit Perancang Ekonomi dan turut memegang jawatan Setiausaha kepada Jawatankuasa Pelaburan Luar. Beliau telah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Insurans dari tahun 1979 hingga 1983 dan Setiausaha kepada Divisyen Kewangan di Perbendaharaan Persekutuan. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Lembaga Beras dan Padi Negara.

Sebelum bersara, beliau menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sejak 1992. Sebelum itu beliau adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dari tahun 1990 dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Awam pada tahun 1986.

Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Latitude Tree Holding Berhad di samping menjadi anggota Lembaga Pengarah Malayan Flour Mills Berhad, Gopeng Berhad dan beberapa syarikat lain yang tidak tersenarai.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Tee Ju Mian
Pengarah Eksekutif
Tee Ju Mian - 57 tahun – Warganegara Malaysia

En. Tee dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 1 April 2008. Beliau menghadiri kesemua lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.

Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan pada tahun 1978.

Beliau menyertai Jabatan Kejuruteraan Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada tahun 1978. Sehingga hari ini beliau telah dinaikkan pangkat beberapa kali dan berkhidmat dalam berbagai kapasiti.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Koay Kah Ee
Pengarah Bukan Eksekutif Bebas
Koay Kah Ee - 51 tahun – Warganegara Malaysia

En. Koay dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 15 November 2007. Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Saraan. Beliau menghadiri kesemua lima mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada tahun kewangan ini.

En. Koay memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada University of Strathclyde, UK. Beliau juga adalah Fellow Chartered Institute of Management Accountants (FCMA), UK, Fellow Australian Society of Certified Practicing Accountants serta Akauntan Berkanun Institut Akauntan Malaysia.

Beliau turut menjadi ahli Lembaga Pengarah JF Technology Berhad, yang tersenarai di ACE Market.

Beliau tiada konflik kepentingan dengan Syarikat atau apa-apa perhubungan kekeluargaan dengan mana-mana Pengarah atau pemegang saham Syarikat. Beliau juga tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu selain daripada kesalahan lalu lintas, jika ada.

Gew Ah Lek
Pengarah Eksekutif
Daisuke Kon - 45 tahun – Warganegara Jepun

En. Kon dilantik untuk menganggotai Lembaga Pengarah Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 1 Julai 2010.

En. Kon adalah lulusan Jabatan Perdagangan, Waseda University, Jepun pada 1988.

Beliau menyertai Ajinomoto Co., Inc Jepun pada tahun 1988 dan memulakan kerjayanya dengan Pejabat Jualan Cawangan Osaka. Sejak dari itu beliau telah memegang berbagai jawatan dalam Kumpulan Syarikat Ajinomoto di dalam dan di luar Jepun .