jump to the contents

Sejarah

Professor Kikunae Ikeda Sejarah kami bermula dengan rasa, apabila Profesor Kikunae Ikeada dari Universiti Tokyo mengasingkan glutamat daripada rumpai laut dan mendapati ia mempunyai keupayaan untuk menyerlahkan rasa makanan pada tahun 1908. Satu tahun kemudian, penemuan beliau telah diperkenalkan di pasaran dalam bentuk penambah perisa AJI-NO-MOTO yang bermakna Pati Citarasa (secara saintifik, ia dinamakan Monosodium Glutamat, atau singkatannya MSG)

Hari ini, AJI-NO-MOTO dijual di lebih daripada 100 negara, dan 15 kilang Ajinomoto yang berada di seluruh dunia membekalkan kira-kira satu pertiga daripada 1.5 juta tan Monosodium Glutamat di pasaran dunia.

Ajinomoto BuildingPada tahun 1961, Ajinomoto (Malaysia) Berhad memulakan perniagaannya sebagai pengeluar AJI-NO-MOTO Monosodium Glutamat. Ia juga merupakan antara syarikat usahasama Jepun yang paling awal ditubuhkan di negara ini. Semenjak itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula berkembang menjadi pengeluar perasa makanan yang dinamik yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Penambah perisa AJI-NO-MOTO kami merupakan bahan wajib di hampir setiap rumah rakyat Malaysia.