jump to the contents

Berita

Senarai nama bagi peraduan "Eat Well, Be Well"


 
 
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG PERADUAN “EAT WELL, BE WELL”!
MARILAH MAKAN DENGAN SEMPURNA BERSAMA AJINOMOTO®,
DAN BERSUKARIA DI HOKKAIDO!


Selepas 3 bulan, Peraduan “Eat Well, Be Well” akhirnya menutup tirai. Peraduan yang bermula 15 Februari dan berakhir pada 31 Mei ini diadakan sempena perayaan ulang tahun ke-100 AJI-NO-MOTO®’.

Objektif utama peraduan ini ialah untuk memperkuat kempen tematik kami sambil memberi penghargaan kepada pelanggan setia kami. Peraduan ini juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan imej jenama AJINOMOTO® melalui kempen “Eat Well, Be Well.” – “Eat Well” dengan menikmati makanan lazat yang berasa umami (rasa yang menyelerakan) dan “Be Well” dengan meningkatkan pengambilan nutrien demi kehidupan yang sihat.

Sambutan hangat daripada lebih 20,000 peserta telah mengambil banyak masa untuk memilih peserta yang mempunyai jawapan yang betul. Akhirnya, pemenang ditetapkan melalui cabutan bertuah. Hadiah-hadiah bernilai lebih RM100,000 telah disediakan untuk pemenang. Antaranya termasuk:

Hadiah Utama: Pekej Percutian 8H/6M untuk 2 orang ke Hokkaido, Japan
Hadiah Pertama: Kerusi Urut OGAWA OG2055
Hadiah Ke-2: Sistem Air Tenaga DIAMOND G1500
Hadiah Ke-3: Konsol Mainan Wii NINTENDO
Hadiah Ke-4: Ketuhar Gelombang Mikro PANASONIC NN-C784MF
Hadiah Ke-5: Pemain MP3 iPOD Shuffle
Hadiah Saguhati: Set Kutleri

Sekali lagi, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada para peserta yang memberikan sambutan hangat kepada peraduan ini.

Klik untuk mengetahui pemenang!     1.7MB