jump to the contents

Produk Baru / Promosi


Syarat-syarat penyertaan

1. Pertandingan memasak ini hanya terbuka kepada ahli-ahli Zon Umami
    (kalau anda bukan ahli Zon Umami, sila klik di sini untuk mendaftar)
    dan terhad kepada 24 peserta sahaja.
2. Terdapat 4 kategori bagi pertandingan ini:
        a) Sup sayuran dengan ‘VONO’
        b) Nasi goreng dengan ‘SERI-AJI’
        c) Makanan laut/Ayam/daging kambing atau lembu menggunakan
            ‘TUMIX’
        d) Pencuci mulut ‘Pal Sweet’ atau ‘Slim- Up’ yang berkalori rendah
            (panas/sejuk)
3. Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam salah satu
    kategori sahaja.
4. Semua masakan mestilah HALAL.
5. Semua bahan dan kelengkapan alat-alat memasak asas akan disediakan
    semasa hari pertandingan.
6. Masa yang diperuntukkan bagi memasak adalah 1 ½ jam. Para peserta
    dikehendaki membuat persediaan pada pukul 10 pagi.
7. 4 peserta dari kategori yang berlainan akan dikumpulkan di bawah satu
    ‘dapur bergerak’ yang sama.
8. Ini adalah pertandingan memasak secara individu tetapi kerjasama antara
    ahli kumpulan adalah amat dihargai.
9. Pertandingan ini adalah percuma dan ditaja sepenuhnya oleh Ajinomoto
    (Malaysia) Berhad.

Cara Menyertai:

1. Muat turunkan borang penyertaan.
2. Tentukan apa jenis kategori pertandingan memasak yang anda ingin sertai
    dan isikan borang penyertaan tersebut.
3. Ciptakan satu resipi yang selaras dengan kategori yang anda pilih.
4. Resipi boleh dihantar dalam Bahasa Melayu, Inggeris atau Cina.
5. Hanya resipi asal anda yang lengkap dengan bahan-bahan(termasuk produk
    ‘AJINOMOTO’ yang akan digunakan) serta langkah-langkah penyediaan akan
    diterima.
6. Anda dialu-alukan menggunakan produk Ajinomoto yang lain di samping
    produk yang telah ditentukan di dalam resipi anda.
7. Sila lengkapkan borang penyertaan ini bersama dengan resipi anda dan
    hantar kepada Cik Cindy Chan sebelum 23 November 2009 melalui:
        i. Emel ke corporate@ajikl.com.my atau
        ii. Faks ke 03-7981 1731 atau
        iii. Pos ke Lot 5710, Jalan Kuchai Lama, Petaling, 58200, Kuala Lumpur.
8. Jika resipi anda terpilih, kakitangan kami akan menghubungi anda dan anda
    akan dijemput ke D’Umami Station di Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 12
    Disember 2009 untuk menyertai pertandingan ini mengikut resipi anda yang
    telah kami pilih.

Prosedur Penilaian

1. Masakan akan dinilaikan oleh tiga (3) orang pengadil.
2. Markah penilaian berdasarkan pada:
        • Persembahan hidangan (15m)
        • Tekstur/Kehalusan (20m)
        • Rasa (25m)
        • Cara penggunaan produk (10m)
        • Kebersihan diri/ Kebersihan kawasan memasak (10m)
3. Segala ‘keputusan dan penilaian’ dari pihak pengadil adalah muktamad

Hadiah:

Kategori A - Sup sayuran dengan ‘VONO’
Hadiah pertama: RM 100 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Haidiah kedua: RM 80 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Haidiah ketiga: RM 60 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Hadiah saguhati: (AJINOMOTO Hamper) x 3

Kategori B - ‘Nasi Goreng dengan Seri Aji’
Hadiah pertama: RM 100 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Haidiah kedua: RM 80 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Haidiah ketiga: RM 60 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Hadiah saguhati: (AJINOMOTO Hamper) x 3

Kategori C - Appetizing Seafood/Ayam/daging kambing atau lembu menggunakan ‘TUMIX’
Hadiah pertama: RM 100 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Haidiah kedua: RM 80 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Haidiah ketiga: RM 60 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Hadiah saguhati: (AJINOMOTO Hamper) x 3

Kategori D - Pencuci mulut ‘Pal Sweet’ atau ‘Slim- Up’ yang berkalori rendah (panas/sejuk )
Hadiah pertama: RM 100 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Haidiah kedua: RM 80 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Haidiah ketiga: RM 60 + Tropi + AJINOMOTO Hamper
Hadiah saguhati: (AJINOMOTO Hamper) x 3

Klik di sini untuk muat turun borang kemasukan