Lawatan "1909 INFOSEUM" Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menubuhkan sebuah pusat pameran yang digelar “1909 INFOSEUM”. Pusat pameran “1909 INFOSEUM” dibuka untuk lawatan secara PERCUMA pada setiap hari Selasa hingga Khamis (9.00 pagi - 11.30 pagi atau 2.00 petang - 4.30 petang) dan Jumaat (9.00 pagi - 11.30 pagi), dengan sekurang-kurangnya 35 orang setiap lawatan secara berkumpulan. Lawatan ini mengambil masa selama 2½ jam dengan program seperti yang berikut:
· Pembentangan Video Korporat
· Lawatan ke Pusat Pameran "1909 INFOSEUM"
· Demonstrasi Memasak
· Hidangan Ringan
Temujanji hendaklah dibuat terlebih dahulu dan atas persetujuan di antara kedua-dua pihak bagi menentukan tarikh dan waktu lawatan. Jika anda ingin melawat “1909 INFOSEUM”, sila isikan borang di bawah dan kami akan menghubungi anda secepat mungkin.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03-79806958, En Norazmi Mohd (samb. 433) / Cik Esther Lee (samb. 392) atau faks ke 03-79811731.