Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar Ajinomoto (Malaysia) Berhad
FALSAFAH
Sebagai pengeluar penambah perisa makanan serta produk-produk makanan, Ajinomoto (Malaysia) Berhad memandangkan soal alam sekitar sebagai salah satu isu utama kami, dan komited dalam melindungi serta memulihkan alam sekitar di semua bidang operasi syarikat, sambil mengekalkan dan meningkatkan kualiti hidup para pekerja, pengguna dan jiran setempat.
DASAR
1. Prihatin akan isu-isu global alam sekitar dan merangka rancangan alam sekitar
yang menyeluruh bagi memastikan semua syarat dan undang-undang alam
sekitar dipatuhi.
2. Menetap dan menjalankan objektif dan matlamat alam sekitar yang menyeluruh
dengan menumpukan usaha untuk mengurangkan beban terhadap alam
sekitar, mengelakkan pencemaran serta mengambil kira kesan-kesan alam sekitar
akibat daripada aktiviti perniagaan kami.
3. Berusaha bagi menambah baik aktiviti melindungi alam sekitar secara berterusan
selagi berdaya maju secara teknikal atau ekonomi, seperti memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan Akta Kualiti Alam Sekitar Malaysia dan Prinsip Emisi Sifar
Kumpulan Ajinomoto.
4. Sentiasa melaksanakan program untuk memelihara sumber dan tenaga
semulajadi, selain mengamalkan konsep 3R (iaitu pengurangan [Reduce],
guna semula [Reuse] and kitar semula [Recycle]) di dalam operasi seharian.
5. Bertekad ke arah meningkatkan kesedaran para pekerja terhadap alam sekitar
melalui pendidikan, latihan serta pelaksanaan aktiviti pemulihara alam sekitar.
April 2010