Keprihatinan Terhadap Alam Sekitar
Demi masa depan yang lebih baik, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah membentuk sebuah seksyen yang dipanggil “SALAM” pada tahun 1985. Ia bertujuan untuk menguruskan isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar terutamanya mengenai bahan buangan daripada pemerosesan dan lain-lain bahan buangan yang terhasil daripada operasi.
“SALAM” sebenarnya adalah singkatan daripada “ Sistem Ajinomoto Lindungi Alam Malaysia” yang memfokuskan terhadap pengawalan aspek alam sekitar bagi memastikan impak ketara terhadap alam sekitar kita berada pada tahap minimum atau terkawal mengikut ketetapan undang-undang.
![]() |
Pada tahun 2006, Ajinomoto (Malaysia) Berhad berjaya memperolehi sijil ISO 14001:2004 daripada SIRIM QAS. Satu siri program pengurusan telah diwujudkan bagi memastikan penglibatan proaktif dalam mengekalkan alam sekitar kita. |
