jump to the contents

Keprihatinan Sosial

Aktiviti Memasak

Pada tahun 2008, Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah mula menganjurkan demonstrasi dan kelas memasak kepada pihak dalaman dan luar untuk memberi peluang kepada semua ahli “UMAMI Zone”, organisasi kebajikan, persatuan-persatuan wanita dan kakitangan syarikat untuk mempelajari pelbagai resipi menarik dan tip-tip kesihatan dengan produk AJINOMOTO.


Projek Pendidikan antara Sekolah Menengah

Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah menganjurkan Projek Pendidikan antara Sekolah Menengah di seluruh Malaysia. Projek ini bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah menengah mengenai maklumat yang betul tentang AJI-NO-MOTO, untuk menyebarkan maklumat tentang fungsi glutamate dan Umami dalam diet manusia serta mendidik para pelajar tentang memasak cara sihat dengan menggunakan produk daripada AJINOMOTO. Projek ini melibatkan aktiviti penerangan disertai dengan kuiz, video produksi multimedia, demonstrasi memasak, sesi soalan serta borang penilaian mengenai tahap pemahaman.


Lawatan ke kilang

Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengalu-alukan semua pihak yang berminat untuk melawat kilang kami, Lawatan ke kilang membuka peluang kepada semua untuk lebih memahami tentang Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan mengetahui maklumat yang betul tentang produk kami terutamanya AJI-NO-MOTO®. Semasa lawatan kilang, terdapat banyak aktiviti seperti persembahan video korporat, profil dan produk syarikat berserta kuiz, menguji rasa sup, demonstrasi bagi pengalaman memasak untuk pelawat dan macam-macam lagi. Sekiranya anda berminat untuk melawat Ajinomoto (Malaysia) Berhad, sila hantarkan pemohonan kepada kami. Untuk maklumat lanjut, anda boleh e-mel ke corporate@ajikl.com.my.