Fakta-Fakta
Penemuan dan Perkembangan
Makanan Jepun
Makanan Jepun dianggap sebagai salah satu daripada makanan yang sihat di seluruh dunia. Kriteria kesegaran dan kualiti ramuan adalah amat penting. Makanan Jepun juga terkemuka dengan rasanya yang sedap dan unik.
Salah satu daripada faktor penting di sebalik keunikan rasa ini adalah Dashi. Dashi adalah bahan keperluan asas dalam hampir kesemua masakan Jepun.
Penggunaan dashi secara meluas telah menjadikan makanan Jepun berasa enak. Rebusan asas ini digunakan dalam pelbagai masakan, seperti makanan merendidih, kastard kukus, telur dadar, sup, sos celup, kuah dan sebagainya.
|
|
|
Penemuan Glutamat Daripada Konbu (Rumpai Laut)
Pada tahun 1908, seorang saintis Jepun, Profesor Kikunae Ikeda bermula mengaji unsur atau komponen yang menyumbang kepada kelazatan Konbu. Akhirnya, beliau berjaya mengenal pasti komponen itu sebagai glutamat.
Cerita mengenai kejayaan Monosodium Glutamat (MSG) bermula dengan penemuan glutamat yang terkandung dalam Konbu. |