jump to the contents

Rasa Asas Kelima

Apakah rasa kelima?

Perisa makanan ditentukan oleh beberapa faktor termasuk rasa, bau, warna, suhu dan rupa keseluruhan, serta dipengaruhi oleh keadaan fisiologi atau psikologi. Faktor terpenting adalah rasa asas iaitu manis, masam, masin dan pahit.

Pada zaman lapan puluhan abad ke 20, penyelidik fisiologi rasa, fisiologi oral, sains nutrisi dan sitologi telah menumpukan usaha kajian mereka di dalam bidang deria berperasa dan mereka telah membuktikan secara saintifik bahawa UMAMI adalah salah satu rasa asas. Sejak Simposium Antarabangsa Tentang Rasa UMAMI yang berlangsung pada tahun 1985, umami telah diiktirafkan di seluruh dunia sebagai rasa kelima yang berbeza daripada empat rasa asas lain.