Fakta-Fakta
Soalan Lazim
• Apakah itu monosodium glutamat (MSG)?
MSG ialah penambah perasa yang telah digunakan selama sedekad bagi menyerlahkan rasa makanan. MSG sebenarnya ialah asid glutamik atau glutamat (sejenis asid amino), natrium dan air. Glutamat didapati secara semula jadi dalam makanan berprotein seperti daging, sayur-sayuran, hasil ternakan, dan susu. Badan manusia juga menghasilkan glutamat dalam jumlah yang banyak. Otot, otak dan organ badan yang lain mengandungi lebih kurang empat paun glutamat.Susu ibu kaya dengan glutamat – jika dibandingkan dengan susu lembu sebagai contohnya.
• Bagaiamanakah MSG dibuat?
MSG dihasilkan melalui proses fermentasi – proses ini adalah sama seperti proses yang digunakan untuk membuat tapai, cuka dan yogurt. Proses ini bermula dengan penapaian jagung, gula, ubi kayu atau tebu. Produk akhir merupakan kristal putih dan tulin yang mudah larut dalam makanan.
• Adakah metabolisma badan terhadap tambahan
MSG berlainan dengan
glutamat bebas yang
terdapat secara semula jadi dalam makanan?
Tidak. Mengikut FASEB, tidak ada perbezaan di antara glutamat yang wujud secara semula jadi dan glutamat tambahan. Tambahan pula, pihak berkuasa Saintifik dari seluruh dunia, termasuk Pentadbiran Ubatan dan Makanan Amerika Syarikay (FDA), Persatuan Perubatan Amerika (AMA) dan Persekutuan Persatuan Biologi Ujikaji Amerika (FASEB), bersetuju bahawa badan menguruskan glutamat dengan cara yang sama tanpa mengira sumbernya. Glutamat daripada mana-mana sumber akan diserap dalam usus dengan cara yang sama dan mengalami proses metabolisma biasa.
Selepas mengambil MSG atau makanan berprotein, paras glutamat dalam darah akan meningkat seperti biasa. Paras ini akan menurun kepada “paras dasar” (paras sebelum makan) dalam masa tiga jam tanpa mengira sumber glutamat tersebut.
Mengikut penyelidikan Universiti Kebangsaan Taiwan yang memerhatikan tahap glutamat dalam plasma dengan pengambilan makanan yang banyak mengandungi MSG, penyelidik membuat kesimpulan bahawa kandungan glutamat dalam plasma adalah rendah dalam masa 24 jam yang lalu walaupun pengambilan MSG adalah tinggi. Ini menunjukkan metabolisma badan terhadap MSG adalah cepat.
• Adakah MSG selamat?
MSG telah digunakan untuk masa hampir seratus tahun dan ia merupakan salah satu bahan makanan yang paling banyak kajiannya. Pangkalan datanya yang meluas merangkumi beratus-ratus kajian semula telah melalui penelitian yang intensif dan keselamatan MSG telah dibuktikan setiap kali. Selama lebih empat dekad, Pentadbiran Makanan Dan Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA) telah berulang kali mengesahkan keselamatan MSG.
Badan kawal selia dan saintifik yang lain dari seluruh dunia, termasuk Persatuan Perubatan Amerika (AMA), Jawatankuasa Saintifik Komuniti Eropah Untuk Makanan (SCF), dan Jawatankuasa Pakar Bersama FAO/WHO. Mengenai Aditif Makanan Bangsa-bangsa Bersatu (JECFA), juga telah mengkaji semula kajian mengenai MSG dan telah mengesahkan keselematannya. MSG adalah selamat sehingga FDA telah mengklasifikasikannya di bawah kategori “Secara Amnya Diiktirafkan Sebagai Selamat” (GRAS), sama seperti gula, serbuk penaik, garam dan lada. Begitu juga dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyistiharkan bahawa "Pengambilan Harian Boleh Diterima" (ADI) bagi MSG adalah "Tidak Ditetapkan".
• Adakah MSG sejenis bahan kimia?
Tidak. MSG dibuat melalui proses penapaian – proses yang sama digunakan untuk membuat cuka dan yogurt. Proses ini bermula dengan penapaian jagung, gula, ubi kayu atau tebu.
• Adakah MSG menyebabkan keguguran rambut atau botak?
Tidak terdapat bukti saintifik yang menyokong pernyataan ini. Keguguran rambut atau botak mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, seperti genetik; perubahan hormon, tekanan mental dan sosial; kekurangan zat makanan, contohnya kekurangan zat besi; faktor-faktor lain yang berkaitan dengan rambut, contohnya jangkitan kulat pada kulit kepala dan rambut, penggunaan syampu yang tidak sesuai dan sebagainya.
• Adakah MSG menyebabkan rasa dahaga?
Tidak terdapat bukti saintifik yang menyokong pernyataan ini. Namun, kemungkinan punca rasa dahaga ini adalah disebabkan oleh garam yang berlebihan dalam makanan. Natrium dalam garam memainkan peranan dalam pengawalan bendalir badan dan jika kandungannya berlebihan, rasa dahaga akan wujud secara semula jadi. Sedia maklum, MSG mengandungi natrium. Namun, MSG hanya mengandungi 12% natrium, manakala garam makanan mengandungi 40% natrium dan jumlah MSG yang digunakan untuk memasak adalah jauh lebih kurang daripada garam. Jadi, punca rasa dahaga yang disebabkan oleh MSG adalah jauh lebih kurang jika dibandingkan dengan garam.
• Apakah hubungan di antara pengambilan natrium dengan penggunaan MSG?
Ujian menunjukkan penerimaan terhadap makanan akan berkurang jika pengambilan garam dikurangkan. Dengan menggunakan sedikit glutamat, ia dapat mengurangkan pengambilan garam sehingga 30 ke 40% tetapi kesedapan makanan masih dikekalkan. Perkara ini telah dibuktikan dengan pengalaman memasak yang sebenar.
• Adakah MSG berhubung kait dengan “Sindrom Restoran Cina (CRS)”?
Sindrom Restoran Cina menyifatka ketidakselesaan sementara yang berlaku kepada sesetengah orang selepas mengambil makanan dan minuman tertentu. Pada tahun 1987, JECFA membuat kesimpulan bahawa kajian “double-blind” yang dijalankan secara teliti ke atas individu yang mengatakannya menghidap sindrom ini tidak dapat memastikan bahawa monosodium glutamat sebagai penyebab”. (Jawatankuasa Pakar Bersama FAO/WHO). Mengenai Aditif Makanan Bangsa-bangsa Bersatu, Asid L-glutamik dan ammonium, garam potasium dan kalsium mononatrium. Penilaian Toksikologi Dalam Aditif Makanan Dan Kontaminasi. Siri Bahan Tambahan Makanan WHO No. 22, New York: Press Universiti Cambridge, m/s. 97-61, 1988.) Kesimpulan ini disahkan lagi dengan kajian terkawal ketat dan kajian semula yang menyeluruh dijalankan di University Of Western Sydney pada tahun 1993. (Tarasoff L, Kelly M.F. Monosodium L-glutamat: Kajian rabun-dua-pihak dan kajian semula. Toksikologi Bahan Kimia Makanan, 31:1019.1035, 1993).
• Adakah MSG menyebabkan sakit kepala migrain?
Tidak. Sakit kepala migrain adalah sakit kepala yang teruk dan melemahkan. Terdapat banyak teori yang mengatakan penyebab migrain, seperti keturunan, gangguan saraf otak dan gangguan salur darah, tetapi tidak terdapat kajian “double-blind” yang mengaitkan MSG dengan migrain.
Beberapa kajian yang mendakwa bahawa MSG adalah penyebab sakit kepala. Satu kajian pada 1991 yang membuktikan hubungan ini hanya melalui cara pemakanan tanpa MSG dan gejala lapor-sendiri, tanpa menggunakan teknik penuh cabaran “double-blind” yang dianggap lebih baik untuk mengendalikan kajian klinikal dalam konteks ini.
Terdapat banyak sebab umum bagi sakit kepala, termasuk pemakanan dan tekanan. Pelbagai jenis makanan telah dikatakan sebagai penyebab sakit kepala. Namun, satu kajian semula pada 1990 mengenai sakit kepala akibat makanan mendapati hubungan tersebut adalah kontroversi. Ia juga mengatakan bahawa tidak ada bukti untuk menyokong hubungan di antara MSG dengan sakit kepala migrain.
Penyebab sebenar migrain masih belum difahami sepenuhnya. Sesetengah penyelidik mengatakan bahawa migrain adalah disebabkan oleh gangguan saraf dalam otak, yang lain pula mengatakan ia disebabkan oleh gangguan salur darah. Maka, ia juga memainkan peranan dalam sakit kepala migrain.
• Bolehkah sesorang itu alah kepada MSG?
Tidak. Pada tahun 1991, Akademi Asma, Alergi dan Imunologi Amerika telah menjelaskan bahawa MSG bukan sejenis alergen.
• Adakah MSG menyebabkan asma?
Tidak. MSG tidak akan menyebabkan atau memburukkan lagi asma. FDA dan badan kawal selia serta saintifik dari seluruh dunia bersetuju bahawa MSG adalah bahan makanan yang selamat dan tidak menyebabkan asma. Penyelidikan yang meluas telah gagal berulang kali untuk menghubung kait MSG dengan asma. Contoh penyelidikan ini termasuklah kajian yang dilakukan di Institut Penyelidikan Scripps, Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), Sekolah Perubatan Harvard, dan Hospital Beth Israel.
• Adakah MSG selamat untuk kanak-kanak?
Ya, badan kawal selia dan saintifik dari seluruh dunia , temasuk Pentadbiran Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (FDA), Persatuan Perubatan Amerika (AMA), Jawatankuasa Saintifik Komuniti Eropah Untuk Makanan dan Jawatankuasa Pakar Bersama mengenai Bahan Tambahan Makanan (JECFA), telaj mengkaji semula penyelidikan ke atas MSG dan mengesahkan secara berulang kali mengenai keselamatannya untuk orang ramai termasuklah kanak-kanak.
• Adakah MSG selamat untuk bayi dan ibu mengandung?
Kajian yang meluas telah menunjukkan MSG adalah selamat untuk semua manusia, termasuk bayi dan ibu mengandung. Keefisienan metabolisma bayi, termasuk bayi pramatang, adalah sama seperti orang dewasa. Terdapat satu perkara yang menarik di mana kandungan glutamat dalam susu ibu adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan susu lembu.
• Adakah MSG menyebabkan tekanan darah tinggi?
MSG hanya mengadungi 12% natrium atau satu pertiga daripada jumlah garam. Oleh sebab MSG telah digunakan pada tahap yang lebih sedikit daripada garam dalam makanan proses dan di rumah, ia menyumbangkan 1/20 – 1/30 daripada garam dan jumlah ini adalah terlalu sedikit berbanding dengan garam dalam makanan harian. Jumlah yang sedikit ini tidak akan menyebabkan tekanan darah tinggi.
• Adakah pengambilan campuran kola danvmonosodium glutamat menyebabkan
perasaan mengantuk atau terangsang?
Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan pernyataan ini. Glutamat wujud secara semula jadi dalam makanan berprotein, seperti daging, sayur-sayuran, hasil ternakan dan susu. Pengambilan makanan ini dengan kola tidak akan menyebabkan perasaan mengantuk dan terangsang. MSG digunakan sebagai penambah perasa dan digunakan secara meluas dalam makanan proses dalam lingkungan 0.1 ke 0.8% apabila makanan dihidangkan. Kuantiti ini adalah sama dengan tahap glutamat yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan.