Ajinomoto Co., Inc. ("Ajinomoto" atau "kami") berusaha memastikan pengendalian yang sewajarnya terhadap maklumat peribadi anda tertakluk kepada dasar privasi yang berikut:
1.
Ajinomoto mematuhi undang-undang berkaitan Perlindungan Maklumat Peribadi dan lain-lain undang-undang dan peraturan yang berkaitan dalam mengendalikan maklumat peribadi anda.
2.
Apabila Ajinomoto mengumpul maklumat peribadi, kami akan membuat satu penyata yang menerangkan tujuan maklumat peribadi tersebut dikumpulkan atau memaklumkan kepada anda akan tujuannya. Sekiranya tujuan penggunaan maklumat peribadi anda berubah, kami juga akan mengumumkannya atau memaklumkan kepada anda akan perubahan tujuan tersebut.
3.
Ajinomoto tidak akan menggunakan maklumat peribadi anda, tanpa pengetahuan anda terlebih dahulu, melebihi tahap yang perlu untuk melaksanakan tujuan penggunaan seperti yang termaktub dalam perenggan yang berikut.
4.
Ajinomoto telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan pengurusan maklumat peribadi anda demi melindungi maklumat peribadi anda daripada akses dan pendedahan yang tidak dibenarkan, serta kerugian dan kerosakan.
5.
Ajinomoto tidak akan memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran anda terlebih dahulu melainkan dalam hal-hal di mana kami mengarahkan pengurusan maklumat peribadi kepada pihak ketiga pada tahap yang perlu bagi tujuan penggunaan atau kami yang menyediakan maklumat peribadi secara sah kepada pihak ketiga menurut undang-undang, peraturan atau syarat.
6.
Ajinomoto akan memberi maklum balas yang sewajarnya kepada permohonan anda untuk mendedahkan, membetulkan, menambah atau menggantung penggunaan data peribadi yang telah anda berikan kepada kami. Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan ini, sila hubungi alamat atau laman web di mana maklumat peribadi tersebut telah diberikan.
7.
Ajinomoto berusaha untuk membangun dan menambahbaikkan sistem dalaman yang telah direka untuk memastikan penggunaan maklumat peribadi yang sewajarnya dan untuk menjalankan program latihan kakitangan yang berterusan bagi tujuan ini.