jump to the contents

Ke Arah Rasa Berkualiti

Di setiap negara dan dalam setiap perkara yang kami lakukan, nama AJINOMOTO® adalah sinonim dengan kualiti dan kesihatan bertaraf dunia. Melangkaui kehendak undang-undang adalah cabaran yang ingin kami capai.

Persijilan “HALAL”

halal logo

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengesahkan bahawa AJI-NO-MOTO® dan produk-produk lain yang dikeluarkan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad di Malaysia adalah “HALAL”. Persijilan “HALAL” ini bukan sahaja menandakan produk ini sesuai untuk kegunaan orang Islam, malah turut menunjukkan sensitiviti yang mendalam terhadap budaya tempatan.

Sistem Pengurusan Kualiti

sirim

ISO 9001:2000

Kami menyumbang ke arah kehidupan yang lebih baik dengan menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi dan selamat. Komitmen kami terhadap kualiti telah melayakkan kami memperolehi persijilan barangan dan ISO 9001: 2000 daripada SIRIM.

Program Keselamatan Makanan

ISO 9001:2000

Penekanan berterusan kami dalam pengeluaran produk selamat untuk digunakan melayakkan kami memperolehi persijilan HACCP daripada Kementerian Kesihatan.