Ajinomoto (Malaysia) Berhad memulakan perniagaannya tahun 1961 sebagai pengeluar AJI-NO-MOTO® Monosodium Glutamat. Ia juga merupakan antara syarikat usahasama Jepun yang paling awal ditubuhkan di negara ini. Semenjak itu, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mula berkembang menjadi pengeluar perasa makanan yang dinamik yang memasarkan pelbagai jenama yang dipercayai oleh rakyat Malaysia selama beberapa dekad. Penambah perisa AJI-NO-MOTO® kami telah menjadi bahan wajib di hampir setiap rumah rakyat Malaysia.