Ajinomoto Sebar Rasa Sayang dan Aura Positif

KUALA LUMPUR, 29 Mei 2020 – Kehidupan rakyat Malaysia telah berubah semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac 2020, bagi membendung penyebaran jangkitan Covid-19. Ini adalah keadaan yang mencabar kerana semua orang dikehendaki duduk di rumah dan berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan

grateful.jpg

Sebagai syarikat yang komited membantu pengguna “Eat Well, Live Well”, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) mengambil berat kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terutama sekali ketika tempoh yang mencabar ini. Oleh itu, AMB secara aktifnya telah menyebar rasa sayang dan aura positif melalui perkongsian maklumat yang memberi inspirasi dan menceriakan tentang gaya hidup sihat serta makanan yang enak dan berkhasiat di pelbagai platform atas talian.

Pertandingan Memasak “Stay Grateful. Stay Close” atas talian yang diadakan dari 16 April hingga 15 Mei 2020 telah menggalak orang ramai untuk makan dan hidup secara sihat serta menghantar katakata positif kepada insan yang tersayang. Pertandingan tersebut menjemput para peserta untuk memuatnaik gambar-gambar hidangan yang disedia menggunakan produk-produk AMB di Facebook dan berkongsi kata-kata positif atau mesej kepada keluarga dan rakan-rakan mereka. Ia memupuk semangat positif dan hubungan sesama komuniti. Pertandingan tersebut adalah salah satu initiatif AMB untuk menggalak orang ramai kekal mensyukuri hidangan enak dari Ajinomoto.

Selain daripada itu, AJI-SHIO® turut bekerjasama dengan majalah RASA bagi menjayakan ‘Projek Bubur Lambuk’ dengan menyediakan 600 bungkus Bubur Lambuk kepada pekerja-pekerja barisan hadapan di Hospital Shah Alam dan Balai Polis Seksyen 9 di Shah Alam pada 16 Mei 2020. Pertandingan Memasak “Stay Grateful. Stay Close” “AJI-SHIO” turut bekerjasama dengan majalah RASA untuk pekerja-pekerja barisan hadapan Perkongsian itu bertujuan untuk memberi keceriaan dalam bulan Ramadan dengan mengiktiraf sumbangan pekerja-pekerja barisan hadapan yang telah berkorban masa dan tenaga demi keselamatan rakyat Malaysia ketika pandemik ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Meor Azwin / Cik. Cindy Chan di talian +603 7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar