Ajinomoto Terus Menyebarkan Rasa Kasih & Sayang

KUALA LUMPUR, 11hb Jun 2020 – Sebagai komitmen dalam memberi sokongan terhadap kesihatan dan kesejahteraan masyarakat ketika pandemik COVID-19, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) terus membawa keriangan serta rasa kasih dan sayang melalui inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) pada sambutan Hari Raya tahun ini.

love-june2.jpg

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah sumbangan barangan keperluan asas dan produkproduk AMB kepada golongan kurang berkemampuan bagi meringankan beban mereka ketika pandemik COVID-19 dan pada masa yang sama, menggalakkan masyarakat untuk “Eat Well, Live Well”. Sebanyak 3 buah rumah orang tua dan anak-anak yatim menerima manfaat ini bersama 500 lagi rumah golongan kurang berkemampuan melalui kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Rumah-rumah orang tua yang terlibat adalah sebahagian dari Projek Peningkatan Pemakanan Warga Emas AMB.

Pengarah Urusan AMB, Cik Naoko Yamamoto yang hadir pada upacara penyerahan sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan dan badan amal berkata, “Saya sangat berharap agar inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat untuk “Eat Well, Live Well”, kekal sihat dan terus ceria walaupun berada dalam keadaan yang mencabar”. Sumbangan telah diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Rumah Orang Tua Seri Kenangan Cheras serta Rumah Orang Tua & Rumah Kanak-Kanak Victory.

Selain daripada itu, AMB turut mengadakan kempen “Jauh Beraya, Erat Di Hati” bagi membantu umat Islam yang tidak dapat pulang ke kampung menyambut Hari Raya dengan menghantar ‘love box’ yang mengandungi ucapan mesra Hari Raya dan produk-produk AMB kepada keluarga dan rakan-rakan. Kempen ini bertujuan untuk menyebarkan kemeriahan sambutan Hari Raya kepada insan yang tersayang walaupun berjauhan.

AMB berharap agar usaha ini dapat membantu masyarakat di negara ini menempuh dugaan yang mencabar dan pada masa yang sama, berkongsi kemeriahan serta rasa kasih dan sayang sesama insan selaras dengan initiatif ASV.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Meor Azwin / Cik. Cindy Chan di talian +603 7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar