Mengenai Nutrisi Sukan
Kumpulan Ajinomoto meneruskan sumbangan kepada pembangunan nutrisi sukan di Jepun sejak tahun 2003 melalui “Victory Project®”. “Victory Project®” menyokong aktiviti dengan memberi panduan mengenai nutrisi sukan dan penyesuaian asid amino untuk atlet terkemuka di kejohanan antarabangsa. Kumpulan Ajinomoto telah memperluaskan inisiatif ini ke negara-negara ASEAN yang lain menerusi ASEAN Victory Project®, yang melibatkan Ajinomoto (Malaysia) Berhad.
Selama lebih daripada satu abad, Kumpulan Ajinomoto meneruskan usaha untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui inovasi dan kepelbagaian produk. Sebagai contohnya, aminoVITAL™, produk asid amino rantai bercabang dan satu-satunya minuman jeli dengan asid amino di Malaysia.
Inisiatif Kumpulan Ajinomoto ialah untuk memberi sokongan kesihatan melalui kepakaran kami dalam Sains Amino dan untuk membina masyarakat yang lebih sihat dengan membantu mereka supaya mengamalkan pemakanan yang baik.
Dalam Kumpulan Ajinomoto, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengembangkan sokongannya dalam nutrisi sukan, untuk terus menyumbang kepada kemajuan dalam "makanan" dan "kesihatan" untuk orang awam dan juga untuk atlet tempatan dalam masa terdekat.
Di Malaysia, "Sports Nutrition Awareness Project" telah diperkenalkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran (KPM), Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) dan Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB).
Projek ini bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan atlet murid mengenai kepentingan nutrisi sukan melalui ceramah pendidikan, penyediaan hidangan seimbang, poster dan perkongsian maklumat di portal digital.
Matlamat utama projek ini adalah untuk menyumbang kepada kesejahteraan atlet murid dalam mencapai "VICTORY".