Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto

Kumpulan Ajinomoto berterusan menangani isu-isu global dengan merentasi rantaian nilai serta sentiasa berusaha untuk menyelesaikan isu-isu tersebut melalui portfolio perniagaan yang luas berfokuskan kepada makanan dan SainsAmino. Kejayaan tersebut terletak pada usaha untuk mewujudkan nilai bersama dalam kalangan komuniti setempat dan masyarakat yang lebih luas. Kumpulan ini menamakan falsafah yang menjadi nadi perniagaannya sebagai Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV). Skop perniagaan pula berpandu kepada aspirasi pengasas Ajinomoto iaitu “Eat Well, Live Well” yang telah berkembang pesat di seluruh dunia.

Model Pembentukan Nilai ASV

ASV mencipta kitaran baik (kitaran ASV) yang dilaburkan semula melalui nilai ekonomi yang dihasilkan dengan penyelesaian masalah sosial melalui aktiviti perniagaan Kumpulan pada masa depan, yang seterusnya menyumbang kepada penyelesaian masalah sosial dalam jangka masa panjang. Dengan cara ini, ASV mewakili inisiatif strategik untuk mewujudkan pertumbuhan yang berterusan. Melalui pelaksanaan kitaran ASV yang berterusan, Kumpulan akan meningkatkan nilai korporat dengan mengumpulkan nilai menjadi jenama korporat.

ASV-Simple-Diagram_Manasi.png