Ayam Masak Kari Kering (Varuval Ayam)

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan:
½ ekor/750g Ayam, dipotong kecil
3 cawan Minyak masak untuk goreng-celup
1 sudu teh Bijan yang telah dibakar
3 sudu teh Serbuk rempah lima India (disediakan sendiri)
½ cawan Daun ketumbar, dipotong halus
Bahan-bahan perap:
2 sudu teh Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®
2 sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
2½ sudu besar Serbuk kari perisa daging
Secukup Garam
Bahan-bahan A:
4 sudu besar Minyak masak
5 – 6 keping Cili kering, dipotong 3 atau 4 keping dan digoreng
½ sudu teh Biji sawi
½ sudu teh Biji sajira (Caraway seeds)
½ sudu teh Kacang dhal Australia, dibersihkan
1 ketul (inci) Kulit kayu manis
3 – 5 biji Daun cengkih
3 – 5 biji Buah pelaga
8 biji Bawang merah, dihiris
1 sudu teh Jintan putih, ditumbuk
2 tangkai Daun kari
Cara Menyediakan
  1. Potong, bersih dan cuci ayam. Toskan air dan keringkan. Letak dalam mangkuk dan perap dengan bahan-bahan perap. Ketepikan.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan goreng-celup ayam hingga kira-kira ¾ cooked masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Tinggalkan hanya 4 sudu besar minyak dalam kuali. Panaskan kuali, tambah masuk cili kering dan goreng hingga perang gelap. Angkat dan toskan minyak berlebihan.
  4. Dengan baki minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan A sehingga bawang merah tukar warna. Masukkan pes kari (bahan-bahan perap), kacau hingga minyak terbit.
  5. Kembalikan ayam dan kacau sebati. Masukkan cili kering, serbuk rempah lima dan daun ketumbar. Terus kacau hingga ayam mengering. Taburkan bijan dan kacau. Padam api.
  6. Pindah ke atas pinggan, tinggalkan minyak berlebihan dalam kuali. Hidang panas.

Kongsi Artikel Ini