Ayam Masak Merah

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Ayam Masak Merah

Hidangan: 4 – 5 Orang

Untuk menonton video memasak, sila klik sini

Bahan-bahan:
800 gm Ayam (dipotong dalam 6 keping)
50 ml Minyak Sapi (untuk tumis)
2 sudu besar Cili Boh
1 biji Bawang Merah Besar (dihiris)
3 sudu besar Sos Cili
3 sudu besar Sos Tomato
5 sudu besar Tomato Puri
1/4 tin Kacang Peas
50 ml Susu Cair
2 sudu besar Gula
Bahan-bahan Dikisar (A):
8 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
2 cm Halia
50 ml Air
Bahan-bahan Perapan (B):
1 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
1 sudu kecil Garam
Bahan-bahan (C):
3 biji Buah Pelaga
1 batang Kayu Manis
5 kuntum Cengkih
1 kuntum Bunga Lawang
1 batang Serai (ditumbuk)
Cara Menyediakan
  1. Perapkan ayam dengan bahan-bahan B.
  2. Panaskan minyak secukupnya untuk gorengkan ayam sehingga separuh masak, diketepikan.
  3. Panaskan minyak sapi untuk tumiskan cili boh dan bawang merah besar.
  4. Tambahkan bahan-bahan A dan bahan-bahan C. Tumis sehingga terbit minyak and harum.
  5. Masaukkan sos cili, sos tomato, tomato puri dan gaul rata.
  6. Tambahkan susu cair dan air (20ml) jika kuah terlalu pekat, kacau sebati.
  7. Masukkan ayam dan gula, kacau goreng sehingga ayam masak sepenuhnya
  8. Hidangkan semasa panas dengan kacang peas.

Kongsi Artikel Ini