Bihun Sup

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan: Sup
3 sudu besar Minyak masak
1 batang Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
4 biji Cengkih
5 biji Bawang merah, dikisar
3 ulas Bawang putih, dikisar
½ inci Halia, dikisar
25 g Rempah sup
2 liter Air
2 keping Isi dada ayam
4 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
Bahan-bahan A: sambal kicap
30 g Cili padi
3 ulas Bawang putih
2 sudu kecil Jus limau nipis
2 sudu besar Kicap manis
Secukupnya Garam
Bahan-bahan B: bahan iringan
300 g Bihun, direbus dan ditus
150 g Taugeh, dicelur
2 tangkai Daun sup, dihiris
2 tangkai Daun bawang, dihiris
1 sudu besar Bawang goreng
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, kacau sehingga naik bau.
  3. Masukkan rempah sup dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air dan ayam. Didihkan.
  5. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam.
  6. Setelah isi ayam masak, keluarkan dan racikkan isi ayam.
  7. Kisarkan sehingga halus kesemua bahan (A) untuk sambal kicap. Ketepikan.
  8. Letakkan sebahagian bihun, bahan-bahan iringan termasuk isi ayam dan sup kedalam mangkuk. Sedia untuk dihidang bersama sambal kicap.

Kongsi Artikel Ini