Biskut Ayam TUMIX®

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan:
300 g Tepung gandum
80 g Gula aising
1 sudu kecil Serbuk penaik
100 g Gula kundur
½ sudu kecil Rempah ‘5 spices’
1 Telur (A)
110 g Minyak masak
1 sudu besar Maltos
1 sudu kecil Lada Berperisa AJI-SHIO®
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
80 g Bijan yang telah dibakar
Cara Menyediakan
  1. Ayak tepung dan gula aising bersama dengan serbuk penaik di dalam mangkuk besar.
  2. Kisar gula kundur.
  3. Sebatikan kesemua bahan.
  4. Bulatkan doh menjadi bebola kecil. Susun di atas alas pembakar. Leperkan doh menjadi kepingan nipis. Bakar pada suhu 160‘C selama 10 – 15 minit atau hingga kuning keemasan. (Berhati-hati agar biskut tidak hangus) alihkan biskut daripada alas pembakar dengan segera dan biarkan sejuk.
  • Jangan leperkan doh terus ke atas dulang pembakar.
  • Selain daripada alas pembakar, anda juga boleh menggunakan alas silikon dan kertas pembakar.

Kongsi Artikel Ini