Coklat Oat Bar

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Coklat Oat Bar ini sangat sesuai untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif kerana tinggi serat dan lebih sihat. Kaya dengan rasa coklat dan mengandungi bijirin yang membantu lebih kenyang. Mari cuba resepi Coklat Oat Bar yang mudah ini!

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Bahan-bahan:
1 cawan Mentega koko
2 sudu besar Mentega
6 sudu besar Serbuk koko
20 paket Pemanis Pal-Sweet®
2 sudu besar Susu segar
2 cawan Bijirin segera
2 cawan Bijirin oat,dibakar
¾ cawan Hirisan kacang badam, dibakar dan dicincang
Cara Menyediakan
  1. Cairkan mentega koko dan mentega. Tutupkan api.
  2. Masukkan serbuk koko dan Pemanis Pal-Sweet®. Kacau sebati.
  3. Tuangkan susu dan kacau sekata.
  4. Masukkan bijirin segera, bijirin oat dan kacang badam, kacau sebati.
  5. Mampat dan ratakan kedalam dulang dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  6. Potongkan biskut kepada saiz 3cm × 3cm.
  7. Sedia untuk dihidang.

Kongsi Artikel Ini