Karipap Bakar (Cornish Pastry)

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan: inti daging
1 sudu besar Minyak zaitun
1 biji (kecil) Bawang besar
2 ulas Bawang putih
350 g Daging lembu kisar
1 biji Ubi kentang, dipotong dadu
1 batang Lobak merah, dipotong dadu
1 sudu teh Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®
1 sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®, digaul dengan 80 ml air
2 sudu teh Tepung jagung
1 sudu besar Sos worcestershire
Bahan-bahan A: doh
60 g Mentega
30 g Lemak shortening
150 g Tepung gandum
2-3 sudu besar Air sejuk
1 sudu teh Garam
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih. Tambah daging, ubi kentang dan lobak merah.
  2. Masak hingga ubi kentang menjadi sedikit lembut. Tambah Perencah Masak Lada Hitam SERI-AJI®.
  3. Campur-gaul tepung jagung dengan 2 sudu besar kuah dari masakan tadi. Masukkan campuran tepung jagung ke dalam kuali, tambah sos worcestershire.
  4. Didihkan dan masak 2 minit lagi hingga sedikit pekat.
  5. Untuk menyediakan pastry, campur-gaul mentega, lemak shortening, garam dan tepung gandum sehingga tekstur berpasir dicapai.
  6. Tambah secukup air sejuk untuk membentuk adunan doh.
  7. Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum digunakan.

Kongsi Artikel Ini