Kehidupan Sihat Dapat Dicapai Melalui Makanan Lazat

Kuala Lumpur, 6 Oktober – Kesihatan yang baik bermula dari makanan. Inilah sebabnya Kumpulan Ajinomoto aktif dalam menggalakkan “Eat Well, Live Well”. Dengan mendapatkan petua pemakanan sihat yang betul, kita boleh mengekalkan fungsi harian badan kita, menggalakkan berat badan yang optimum dan mencegah penyakit kronik.

Dengan pemikiran sebegini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad memainkan peranan secara proaktif dengan objektif untuk menggalakkan kehidupan sihat melalui kenikmatan makanan lazat dengan menganjurkan kempen pendidikan yang berkaitan dengan pemakanan sihat iaitu “Makanan Lazat, Kehidupan Sihat”.

Kempen ini telah dianjurkan di Malaysia sepanjang 6 tahun secara berturut-turut bermula pada tahun 2012, dengan menyasarkan kawasan perumahan di pinggir bandar untuk tujuan mendidik dan meningkatkan kesedaran pemakanan sihat dan seimbang terutamanya kumpulan suri rumah yang mungkin kurang terdedah kepada pengetahuan mengenai makanan bernutrisi. Secara keseluruhannya, penganjuran kempen bagi tahun ini bermula dari Oktober sehingga Disember dan kebanyakkannya meliputi bandar-bandar kecil di Johor dan Pahang.

Berpandukan inisiatif – inisiatif Nilai Bersama Kumpulan Ajinomoto (ASV) yang menggalakkan kehidupan sihat, tahun ini kami mempertingkatkan lagi mesej komunikasi dengan matlamat untuk menangani isu kekurangan pengambilan sayur-sayuran dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak dengan berkongsikan kepentingan pemakanan seimbang dan petua masakan yang kurang sodium namun lazat melalui aplikasi Umami. Sepanjang 20 acara yang dirancang, para peserta dapat mempelajari petua pemakanan seimbang melalui sesi perkongsian ilmu dan juga demonstrasi masakan secara langsung yang menunjukkan cara penyediaan 3 hidangan seimbang dan lazat iaitu Sup Beraneka Sayuran, Nasi Goreng Cina Istimewa dan Sayur Campur Pedas bersama Tauhu Goreng. Bagi memeriahkan lagi acara ini, para peserta dihidangkan dengan 3 jenis masakan yang telah ditunjukan serta diberi bimbingan untuk merasai keistimewaan Umami melalui sesi cuba rasa tomato ceri.

Kempen ini adalah hasil kerjasama diantara Ajinomoto (Malaysia) Berhad, masyarakat setempat, ketua kampung dan persatuan setempat serta semua peserta pertubuhan bukan kerajaan. Bergandingan tangan, bersama-sama kami menyumbang kepada kehidupan yang lebih baik dan sihat untuk generasi akan datang.

Perkongsian Kehidupan Sihat melalui kenikmatan rasa lazat
Perkongsian Kehidupan Sihat melalui kenikmatan rasa lazat
Penemuan Rasa Umami melalui tomato ceri
Penemuan Rasa Umami melalui tomato ceri
Demonstrasi Masakan diet seimbang secara langsung 2
Demonstrasi Masakan diet seimbang secara langsung 2
Demonstrasi Masakan diet seimbang secara langsung
Demonstrasi Masakan diet seimbang secara langsung
Sesi Soal Jawab
Sesi Soal Jawab