Nasi Labu

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan:
300 g Beras wangi panjang
2 sudu besar Minyak bijan
1 sudu besar Halia tumbuk
60 g Filet ayam, dipotong dadu
3 kuntum Cendawan Cina kering, direndam dan dipotong dadu
180 g Buah labu, dipotong dadu
10 g Udang kering, dicuci dan dipotong kasar
50 g Kubis, dicarik
300 ml Air
Sedikit Daun bawang cincang, untuk hiasan
Bahan-bahan A: perencah
Secukup Garam Halus Beriodin AJI-SHIO®
1 pkt kecil Perencah Nasi Goreng Kampung SERI-AJI®
Secukup Lada Berperisa AJI-SHIO®
¼ sudu teh Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
Secubit Gula
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak bijan dalam kuali, goreng halia, udang kering dan ayam hingga naik bau.
  2. Tambah cendawan, beras dan perencah (A), kacau sekata. Kemudian pindah ke dalam periuk nasi elektrik.
  3. Masukkan buah labu dan air. Kacau sebati dan masak hingga nasi tanak. Ketepikan nasi selama 10 minit sebelum diangkat.
  4. Hidang selepas ditabur dengan daun bawang cincang.

Kongsi Artikel Ini