Mee Hokkien Goreng (Mee Tai Lok)

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Bahan-bahan:
3 sudu besar Minyak masak
3 ulas Bawang merah, dicincang
3 ulas Bawang putih, dicincang
Secukup Garam
2 sudu besar Kerepek tepung ranggup vegetarian
Bahan-bahan A: disatukan menjadi stok
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
½ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
500 ml Air
2 sudu besar Kicap pekat
Bahan-bahan B:
400 g Mee kuning tebal
50 g Sotong
100 g Udang
100 g Ayam, dihiris
100 g Kubis, dipotong
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih.
  2. Tambah stok(A) dan setelah didih, masukkan bahan-bahan (B). Pasang penutup kuali dan biar didih.
  3. Bubuh garam hingga cukup rasa. Reneh sampai kuah mengering.
  4. Taburkan kerepek tepung, sedap dihidang dengan sambal belacan.

Kongsi Artikel Ini