AJI•MIX™

Penerangan Produk
AJI●MIX™ merupakan perencah yang diadun khusus untuk memberikan rasa penuh seimbang dalam hidangan anda.
AJI●MIX™ adalah mudah dan senang digunakan. Ia sesuai digunakan untuk memasak dan menyediakan bahan perasa serta sos. Ia banyak digunakan oleh pengusaha “catering” dan penjaja.
FAQ
-
Adakah AJI•MIX™ sesuai digunakan oleh golongan vegetarian?
Ia sesuai digunakan oleh golongan vegetarian yang memakan bawang putih dan bawang merah.
-
Mengapakah kandungan natrium (garam) setiap hidangan bagi AJI•MIX™ tidak tersenarai dalam fakta nutrisi pada label pakej?
Tiada kewajipan untuk menyenarai fakta nutrisi pada label pakej dibawah Akta Makanan 1983 di Malaysia. Kriteria nutrisi yang perlu disertakan adalah Karbohidrat, Protein, Tenaga dan Lemak. Natrium tidak termasuk dalam senarai tersebut.
-
Di manakah boleh saya membeli AJI•MIX™?
Ia hanya dijual melalui jurujual dalaman.
-
Apakah perbezaan di antara AJI•MIX™, AJI-NO-MOTO® dan AJI-NO-MOTO® PLUS?
AJI•MIX™ merupakan perasa campuran istimewa yang diperbuat dari bawang putih, bawang merah dan pelbagai ramuan. Ia berkebolehan untuk memperkayakan serta meningkatkan rasa umami dan rasa makanan yang seimbang.
AJI-NO-MOTO®, AJI-NO-MOTO® PLUS dan AJI•MIX™ boleh digunakan dalam pelbagai jenis makanan, samada sebelum (semasa perapan) atau semasa memasak.