Seri-Aji®
Penerangan Produk
Seri-Aji® adalah perasa khusus untuk menu yang membantu anda menyediakan hidangan masakan di rumah yang lazat dengan cepat dan mudah.
Ia merupakan campuran lengkap daripada pelbagai bahan dan perasa bermutu tinggi, memberikan anda rasa lazat dan lengkap kepada masakan anda. Maka, anda dapat menyediakan hidangan dengan mudah hanya dengan menambah Seri-Aji® pada masakan anda yang juga membantu anda menjimatkan masa, selain daripada memuaskan cita rasa keluarga anda. Ia juga boleh digunakan untuk menyediakan hidangan lain. Ia tidak berminyak, menjadikannya lebih bersih jika dibandingkan dengan perasa berbentuk pes.
Cubalah pelbagai rangkaian produk yang ada hari ini.
Seri-Aji® Rangkaian Produk
-
Perencah Nasi Goreng Kampung

KAW!
Pracampuran perencah Nasi Goreng Kampung adalah dari resipi istimewa dengan bahan-bahan sebenar seperti tambahan ikan bilis, cili padi dan belacan yang menyediakan rasa lazat (KAW) untuk dinikmati bersama keluarga!
Tabur-tabur je KAW!
-
Perencah Nasi Goreng Cina

Pracampuran perencah Nasi Goreng Cina adalah Nasi Goreng Cina yang hebat ala restoran Cina Muslim dengan ekstra aroma kepingan bawang goreng yang menyelerakan!
Ia sentiasa menjadi kegemaran kanak-kanak pada setiap masa!
-
Perencah Nasi Goreng Ayam

Dengan resipinya yang unik, anda akan mendapat pengalaman baharu dengan nasi goreng perisa ayam di rumah. Semestinya menjadi pilihan yang baik untuk seluruh keluarga.
-
Perencah Nasi Goreng Ikan Bilis

Campuran serbuk ikan bilis terpilih memberikan anda nasi goreng perisa ikan bilis yang pedas sedikit & lazat.
-
Tepung Goreng Cucur

Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur dilengkapi dengan perasa dan rempah untuk menghasilkan cucur yang enak dengan tekstur yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g dengan 325ml air dan tambahkan hirisan sayur-sayuran untuk digoreng. Tanpa perlu menambah perencah lain atau mengubahsuai campuran adunan tepung untuk tekstur yang sempurna.
Ia sesuai untuk menggoreng cucur sayur, cucur udang dan sebagainya.
-
Perencah Rempah Gorengan Serbaguna

Bosan dengan rasa gorengan biasa yang hanya menggunakan kunyit? Cubalah serbuk Perencah Rempah Gorengan Serbaguna Seri-Aji® dalam pelbagai jenis hidangan gorengan di rumah. Ia mengandungi rempah ratus tradisional terpilih yang memberi anda sedikit rasa pedas dan seimbang kepada ayam/ikan goreng anda. Selain daripada lauk gorengan, ia juga sesuai untuk makanan laut kacau goreng.
-
Perencah Masak Lada Hitam

Serbuk perasa sedia untuk dimasak bagi menyediakan hidangan lada hitam ala restoran dengan cepat dan mudah. Merupakan campuran eksotik lada hitam Sarawak dan herba terpilih yang memberikan anda rasa pedas lada hitam yang sebenar.
-
Perencah Masak Merah

Serbuk perasa sedia untuk dimasak bagi menyediakan lauk Masak Merah yang lazat di rumah dengan resipi istimewa yang mengandungi campuran rempah serta kaya dengan rasa tomato.
Ia sesuai untuk ayam, ikan (Ikan Kembung, Ikan Tenggiri) dan makanan laut. -
Tepung Goreng

Tepung Goreng Seri-Aji® adalah tepung berperisa sedia untuk digunakan yang membolehkan anda menyediakan hidangan gorengan yang rangup dan lazat untuk keluarga. Ia diperbuat daripada tepung dan rempah terpilih untuk memberi anda rasa lazat dan kerangupan terbaik. Anda hanya perlu melumur Tepung Berperisa Seri-Aji® pada bahan yang hendak digoreng sebelum menggoreng.
Selain daripada ayam, ia juga sesuai untuk lauk gorengan lain seperti ikan, daging, sayur-sayuran, makanan laut dan tempe.
Terdapat dalam 2 perisa, asli dan pedas.
-
Perencah Sup Ayam

Perencah Sup Ayam diperbuat dengan campuran yang sempurna antara garam, msg, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, memastikan rasa yang sedap setiap kali anda memasak.
Dengan Perencah Sup Ayam Seri-Aji®, anda tidak perlu menambah garam atau rempah lain - ia sudah lengkap!
-
Perencah Pes Tom Yam

Perencah Pes Tom Yam Seri-Aji® membawakan rasa KAW yang kaya pada sup Tom Yam anda, menambah ketebalan yang memuaskan pada sup. Setiap sudu memberikan sensasi "ada kick" yang tidak dapat dilawan, menjadikannya mesti dimiliki oleh peminat Tom Yam sejati. Dengan pes kami, tidak perlu perasa tambahan, ia seimbang sempurna dan bersedia untuk menaikkan hidangan anda ke tahap yang lebih tinggi.
FAQ
-
Apakah perbezaan di antara Tepung Goreng Seri-Aji® dan Perencah Rempah Gorengan Serbaguna Seri-Aji®?Apakah perbezaan di antara Tepung Goreng Seri-Aji® dan Perencah Rempah Gorengan Serbaguna Seri-Aji®?
- Perencah Rempah Gorengan Serbaguna Seri-Aji® sesuai digunakan untuk menumis dan memerap. Ia mengandungi rempah ratus yang menambahkan rasa pedas dan perisa kari pada gorengan ayam, ikan, udang, sotong dan ketam.
- Tepung Goreng Seri-Aji® adalah tepung sedia-guna yang berperisa asli dan pedas. Ia merupakan tepung pra-campuran istimewa yang digunakan untuk menambahkan kegaringan, keenakkan dan aroma gorengan anda. Formulasinya ditingkatkan dengan rempah ratus yang berkualiti tinggi bagi menyesuaikannya untuk penggunaan semasa menggoreng ayam, makanan laut, tempeh dan sayur- sayuran.


