Kari Ayam

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Cadangan hidangan: 8-12 orang

Bahan-bahan:
1 cawan Minyak masak
2 batang Kulit kayu manis
6 kuntum Bunga lawang
6 biji Buah pelaga
8 biji Cengkih
14 sudu besar Rempah kari ayam, digaul dengan sedikit air
1.6 kg Ayam, dipotong
4 biji Ubi kentang, sederhana besar, dipotong
4 cawan Air
2 keping Asam keping
2 cawan Santan pekat
4 tangkai Daun kari
4 sudu besar TUMIX® Pati Perencah Ayam
Bahan-bahan A: dikisar
2 biji Bawang besar
6 ulas Bawang putih
1 inci Halia
200 ml Air
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih.
  3. Masukkan bahan-bahan (A) bersama pes rempah kari, tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan ubi kentang, gaul sebati. Biarkan sehingga ayam separuh masak.
  5. Masukkan air, asam keping, santan dan daun kari. Renehkan sehingga pecah minyak.
  6. Perasakan dengan TUMIX® Pati Perencah Ayam. Kacau sebati.
  7. Sedia untuk dihidang.

Kongsi Artikel Ini