Kelestarian
Kelestarian
Di Kumpulan Ajinomoto, matlamat kami ialah menyumbang kepada kesejahteraan manusia, masyarakat, dan planet kita. Meskipun cabaran global melibatkan isu makanan dan kesihatan semakin meluas, kami komited menanganinya menerusi usaha bersama rakan-rakan tempatan di seluruh rantaian nilai kami, menerajui perubahan demi dunia yang lebih baik.
Tindakan Penting yang akan Kami Lakukan
- Menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia di seluruh dunia menerusi “Eat Well, Live Well.”
- Menyumbang kepada ekonomi kitaran untuk kelestarian global
- Menyumbang kepada masyarakat yang menghormati kelestarian dan keterangkuman untuk semua, membolehkan pekerja untuk memenuhi potensi mereka
Kedudukan dan Pendekatan Kelestarian Kami
- Bekerjasama dengan rakan perniagaan untuk menghasilkan nilai baharu “dengan pendekatan berteraskan pengguna” dan “di seluruh nilai rantaian”
- Menghargai pendekatan saintifik dan inovasi
- Menghormati adat resam dan budaya setiap negara dan wilayah
- Terlibat dalam dialog dan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan
Pendekatan terhadap Kelestarian untuk Pencapaian 2030
Kumpulan Ajinomoto bermatlamat untuk menyumbang terhadap kesejahteraan manusia, masyarakat, dan planet kita menerusi “AminoScience.” Kami percaya matlamat ini boleh dipenuhi menerusi dua pencapaian menjelang 2030, iaitu membantu memanjangkan hayat kehidupan sihat 1 bilion penduduk dan dengan mengurangkan kesan alam sekitar kami sebanyak 50%.
Perniagaan Kumpulan Ajinomoto disokong oleh sistem makanan yang mantap*, iaitu akses yang stabil kepada sumber makanan dan persekitaran semula jadi menghijau yang menyokong sumber-sumber ini. Di samping itu, operasi perniagaan kami turut memberi kesan yang besar kepada alam sekitar.

Pencapaian 2030
Kesan Alam Sekitar
sebanyak 50%
Mengurangkan kesan alam sekitar dan pemulihan alam sekitar dalam 4 kawasan :
Sasaran dan Tindakan Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Pelepasan CO2
SISA PLASTIK SIFAR
KERUGIAN MAKANAN
Pencapaian 2030
Memanjangkan Hayat Sihat
1 Bilion Penduduk
Menggalakkan kesihatan dan kehidupan yang lebih baik menerusi pendekatan Kumpulan Ajinomoto terhadap nutrisi
-
Pernyataan Kelestarian Ajinomoto (Malaysia) Berhad
Jenama Ajinomoto terkenal di seluruh dunia sebagai perasa perencah umami pertama yang dihasilkan dengan asid glumatik, sejenis asid amino yang berfungsi sebagai blok binaan protein. Kejayaan awal ini membawa kepada perluasan di peringkat global dan penubuhan Ajinomoto (Malaysia) Berhad pada 1961.
Ajinomoto (Malaysia) Berhad komited terhadap mewujudkan perniagaan yang prihatin pada kelestarian dalam operasi kami. Strategi kelestarian kami berpandukan pada falsafah Penghasilan Perkongsian Nilai (ASV) Kumpulan Ajinomoto dan meneruskan kesungguhan janji kami untuk menyumbang kepada kesejahteraan lebih baik untuk penduduk di seluruh dunia menerusi “Eat Well, Live Well”.
Kami tetap konsisten dalam amalan kelestarian dan komited terhadap matlamat Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sambil mengutamakan falsafah ASV yang menumpukan pada kebajikan manusia, menyumbang kepada keselamatan pertanian dan menangani isu-isu kelestarian global.
Di dalam Struktur Tadbir Urus Kelestarian kami, Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC) bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESGC).
Perlibatan Pihak Berkepentingan
Ajinomoto Malaysia melibatkan diri dengan kumpulan-kumpulan pihak berkepentungan kami di peringkat tempatan dan antarabangsa menerusi pelbagai saluran, bagi memahami kebimbangan mereka dan menangani isu-isu kritikal yang mungkin menimbulkan kesan positif terhadap perkembangan dan amalan ESG kami.
Kelestarian Bahan Adalah Penting?
Kelestarian bahan-bahan Ajinomoto Malaysia adalah penting, baik kepada pihak berkepentingan mahupun perniagaan kami. Inilah yang memacu kami dalam menentukan bahagian tumpuan dan kesan yang berpotensi kepada ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Pengenalpastian ini membolehkan Ajinomoto Malaysia untuk mengekalkan kemantapan ekonomi sambil berperanan sebagai warga korporat yang bertanggungjawab.
Mengenai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)
Seiring dengan komitmen kami terhadap kelestarian, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) menangani keutamaan ESG secara konsisten. Sebagai peneraju pengeluar perasa dan makanan, AMB melaksanakan inisiatif proaktif dan menjalin kerjasama strategik untuk memperbaharui alam sekitar, menggalakkan kesejahteraan masyarakat dan memupuk amalan perniagaan yang beretika.
-
Kerangka ESG kami dan Sumbangannya Pada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB
Kerangka ESG Kami
Kerangka ESG Ajinomoto (Malaysia) Berhad menetapkan Visi dan Misi Syarikat yang berkaitan dengan komitmen kami terhadap SDG PBB di samping empat teras kelestarian yang berperanan sebagai panduan kepada inisiatif ESG Syarikat di seluruh rantaian nilai kami. Ia turut menyediakan struktur untuk mengklasifikasi dan mengutamakan hal-hal ESG agar kelestarian dapat dipastikan di seluruh operasi kami.
Kerangka ESG kami dan Sumbangannya Pada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB
Sokongan Ajinomoto (Malaysia) Berhad terhadap Agenda 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Pembangunan Lestari dapat dilihat menerusi penerimaan kami terhadap 8 SDG PBB yang berkait rapat dengan aspek alam sekitar, sosial dan ekonomi operasi kami.
Pemulihan Alam Sekitar
Tindakan kita pada hari ini akan mempengaruhi Bumi, generasi demi generasi.
Menjelang 2030, matlamat kami ialah mengurangkan kesan alam sekitar kami sebanyak 50%. Ketahui selanjutnya mengenai inisiatif kami dalam seksyen di bawah.
Menggalakkan Kesejahteraan melalui Pemerkasaan Masyarakat
Ajinomoto (Malaysia) Berhad komited terhadap usaha memperkasa kakitangan, pembekal dan pelanggan menerusi amalan lestari di seluruh rantaian nilai dengan menetapkan langkah-langkah kukuh demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kakitangan kami. Di samping itu, kami turut berazam membawa perubahan pada komuniti tempatan menerusi program tanggungjawab korporat sepanjang tahun.
Memupuk Amalan Perniagaan Beretika
Tadbir urus adalah keutamaan syarikat kami. Kami menetapkan sistem tadbir urus yang kukuh dan berkesan untuk mencapai matlamat serta menguruskan risiko dan peluang.