Kami komited menyediakan tempat kerja di mana kakitangannya pelbagai, seimbang jantina dan terangkum dengan memberi peluang seimbang dan layanan saksama kepada semua, tanpa toleransi terhadap diskriminasi. Ini dicapai menerusi pelbagai saluran pengambilan kakitangan dan panel pengambilan dengan latar belakang yang berbeza-beza. Menerusi tumpuan terhadap kemahiran dan kelayakan, kami memberi pertimbangan kepada bakat daripada pelbagai peringkat, membina potensi yang lebih baik untuk tenaga kerja dinamik.
Manfaat Kakitangan
Ajinomoto (Malaysia) Berhad menyediakan manfaat luas untuk semua kakitangannya, demi kerjaya yang memberi ganjaran dan memenuhi keperluan, serta menggalakkan kepuasan kerja. Seiring dengan perpindahan ke loji baharu, kakitangan kami diberi pampasan penempatan semula sebanyak RM5,000 dan mereka yang berulang alik ke tempat kerja akan menerima elaun bagi setiap hari kedatangan. Semua kakitangan kami turut menikmati manfaat berikut:

Insurans Hayat

Aturan Kerja Fleksibel

Kantin

Penjagaan Kesihatan (Manfaat Perubatan Pesakit Luar)

Manfaat Persaraan (KWSP)

Penginapan Asrama

Perlindungan Hilang Upaya dan Kecacatan (PERKESO)

Kemudahan Bercuti

Bantuan Bencana
Aturan Kerja Fleksibel
Penyediaan persekitaran kerja secara hibrid membolehkan kami memenuhi gaya hidup dan keperluan peribadi kakitangan yang pelbagai. Peralihan daripada pendekatan konvensional yang berasaskan kehadiran fizikal kepada penekanan terhadap penghasilan prestasi membolehkan mereka mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan.