Menerusi penekanan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), kami membolehkan kakitangan untuk berdaya maju dalam persekitaran kerja yang selamat dan sihat, mengurangkan bahaya kesihatan dan menggalakkan kesejahteraan diri. Pendekatan kami membolehkan pengurangan pencapaian kemalangan dan kecederaan di tempat kerja, menghasilkan tenaga kerja yang lebih sihat dan lebih produktif.
Kenal Pasti Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kami menyelia sistem dan program keselamatan Ajinomoto (Malaysia) Berhad serta memastikan keberkesannya :
Ini disokong oleh:
• Mesyuarat bulanan untuk membincangkan tindakan pembetulan sewajarnya untuk kemalangan
• Pembangunan pelan keselamatan tahunan
• Pengenalan program-program untuk meningkatkan kesedaran isu-isu kesihatan dan keselamatan dalam kalangan kakitangan
Ajinomoto (Malaysia) Berhad menganjurkan sesi penglibatan kakitangan setiap bulan untuk mengurus, mengenal pasti dan menilai bahaya dan potensi risiko di tempat kerja. Kami mengguna pakai falsafah Latihan Kiken Yochi (merujuk kepada jangkaan bahaya) Kumpulan Ajinomoto untuk manfaat kakitangan.
Di samping itu, Polisi Henti Tugas kami membolehkan kakitangan untuk tidak bekerja jika mereka merasakan situasinya tidak selamat atau mungkin menyebabkan kecederaan.

Latihan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
Latihan OSH adalah perlu untuk melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan untuk mengenal pasti dan mengelakkan bahaya, mencegah kemalangan dan penyakit berkaitan pekerjaan.
Mengalakkan Kesihatan Kakitangan
Selain daripada keselamatan di tempat kerja, kami turut mengutamakan kesihatan dan kesejahteraan kakitangan serta membolehkan mereka menjalani gaya hidup sihat dengan meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan dan nutrisi.
Bagi tujuan menjejak pencapaian, kami wujudkan KPI yang bertumpu kepada mengekalkan indeks jisim tubuh yang sihat (BMI), meningkatkan pengambilan sayur dan menggalakkan penglibatan dalam sukan atau aktiviti fizikal.