Available content keys: _layout_builder, body, links, addtoany, field_basic_page_category, field_image, field_paragraphs, field_banner, field_container_narrow, field_subheading, field_centralize_title, field_link, field_metatag, field_product_term, field_before_login_message, field_display_login_message, field_banner_overlay

Produk-produk Ajinomoto (Malaysia) Berhad yang telah siap diperiksa semasa fasa pembungkusan di barisan pengeluaran, manakala sampel daripada produk yang dibungkus dihantar ke makmal kami untuk pemeriksaan kualiti selanjutnya. Sebagai sebahagian daripada Polisi Kualiti Ajinomoto (Malaysia) Berhad, kami menyepadukan Program Pertahanan Makanan dan Pemalsuan Makanan dalam audit tahunan HACCP, melebihi keperluan kawal selia. 

Halal Food

MS 1500:2019 Malaysian Standard on Halal Food General Requirements

HACCP

MS 1480: 2019 Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP)

Quality Management System

ISO 9001: 2015 Quality Management System

GMP

Good Manufacturing Practice (GMP)

FSSC 22000

Certified to ISO 22000: 2018, ISO/TS22002-1:2009 and additional FSSC 22000 requirements

Cert. No: MY24/00000044 Food Safety System Certification FSSC 22000

Pemasaran dan Pelabelan Bertanggungjawab

Ajinomoto (Malaysia) Berhad bertanggungjawab mengendalikan aktiviti pemasaran dan pengiklanannya secara beretika dan memenuhi standard tertinggi, dengan menyediakan maklumat yang tepat dan seimbang mengenai jenama dan produk-produk. Kami mematuhi Amalan Kod Pengiklanan Malaysia, Peraturan Makanan Malaysia dan peraturan pelanggan antarabangsa kami. 

Sukacita kami maklumkan bahawa tiada sebarang insiden tidak pematuhan yang berkaitan dengan pelabelan dan pemasaran produk-produk kami. 

 

Marketing and Labelling

Kepuasan Pelanggan Keutamaan Kami

Pendekatan komunikasi kami antara lain ialah dalam bentuk borang kaji selidik dalam talian untuk mengenal pasti tanggapan pelanggan semasa dan memantau isu-isu yang mungkin timbul berkaitan produk. Kami turut melaksanakan inisiatif seperti GRASP (penjejakan tahunan mengenai penggunaan, sikap dan penilaian komunikasi berkaitan MSG dan produk-produk Ajinomoto) dan CONTRAST (Penyelidikan trend pelanggan).


Baca Selanjutnya mengenai Kualiti dan Keselamatan Produk

Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan

Pada 2024, Ajinomoto (Malaysia) Berhad mencapai pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan FSSC 22000 V5.1. Pensijilan ini menyepadukan standard International Organisation for Standardisation (ISO) 22000 dengan keperluan khusus industri untuk menjamin keselamatan pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran makanan.