Strategi pengurusan bakat yang lestari bukan sahaja membentuk budaya pembelajaran dan pertumbuhan berterusan, malah turut meningkatkan penglibatan dan kepuasan kakitangan. Pelaburan dalam pembangunan kakitangan dan peluang peningkatan kerjaya membolehkan Ajinomoto Malaysia menarik dan mengekalkan bakat terbaik, membawa kepada tahap produktiviti dan prestasi yang lebih tinggi.
Memupuk Budaya Penglibatan
Ajinomoto (Malaysia) Berhad berusaha mewujudkan budaya tempat kerja yang mengutamakan penglibatan dan memberi kepuasan tinggi. Inilah sebabnya kami menyediakan peluang penglibatan kakitangan untuk mengekalkan barisan bakat sedia ada dan mengambil kakitangan baharu yang berpotensi, membolehkan mereka berkongsi maklum balas, idea dan cadangan secara terus dan langsung dengan pengurusan kanan.

Kaji Selidik Penglibatan Kakitangan Tahunan

Sesi Dialog dengan Presiden Ajinomoto Co. Inc, Tokyo

Sesi Dialog

Taklimat Polisi Ajinomoto (M) Bhd

Nilai Perkongsian Ajinomoto dan Sesi Latihan Falsafah Kumpulan Ajinomoto

Pertumbuhan dan Pembangunan Bakat
Pengekalan Bakat Strategik
Kami komited terhadap usaha penambahbaikan kakitangan bagi memastikan mereka kekal relevan dan dilengkapi maklumat terkini mengenai trend semasa, di samping mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan keupayaan kerja. Seiring usaha kami dalam melengkapi tenaga kerja dengan kemahiran dan pengetahuan, kami menyediakan latihan untuk semua peringkat kategori kakitangan.
Pembangunan dan Pengambilan Kakitangan
Kami pastikan penglibatan kakitangan baharu dan berkelayakan sambil mengekalkan barisan bakat sedia ada dan berpengalaman serta memupuk motivasi dan pertumbuhan peribadi generasi muda.
Baca Selanjutnya mengenai Pembangunan dan Pengambilan Kakitangan