Available content keys: _layout_builder, body, links, addtoany, field_basic_page_category, field_image, field_paragraphs, field_banner, field_container_narrow, field_subheading, field_centralize_title, field_link, field_metatag, field_product_term, field_before_login_message, field_display_login_message, field_banner_overlay

Ajinomoto (Malaysia) Berhad menyedari tanggungjawab bagi memastikan produk-produk dibuat dan dibungkus dengan bahan-bahan mentah yang lestari, dihasilkan dengan penjagaan dan pertimbangan sebaiknya untuk para pelanggan kami. Inilah sebabnya kami memastikan standard tertinggi pada setiap peringkat rantaian bekalan, seiring dengan matlamat Kumpulan Ajinomoto Group untuk mencapai 100% perolehan lestari. 

Production Line Factory

Kami bekerjasama dengan para pembekal yang berkongsi nilai kami, mengambil langkah yang meminimumkan kesan alam sekitar, menggalakkan penyumberan beretika dan memberi keutamaan terhadap kesejahteraan pekerja di seluruh rantaian nilai. Kami memastikan standard kualiti yang ketat untuk penyumberan luar, menetapkan terma dan syarat para pembekal kami. 

Pengurusan Pembekal Bertanggungjawab

Kami komited terhadap pematuhan standard kualiti yang ketat untuk penyumberan luar barangan dan perkhidmatan, mengikut terma dan syarat lantikan kami kepada para pembekal bahan. Para pembekal kami mematuhi Polisi Perkongsian Kumpulan untuk Pembekal, menerusi Polisi Pembelian Ajinomoto (Malaysia) Berhad bagi mengekalkan tiada pelanggaran dalam penllaian tahunan pembekal.Penilaian prestasi tahunan untuk para pembekal utama kami meliputi penanda aras berkaitan kelestarian. 100% pembekal baharu akan melalui penilaian Pembangunan pembekal baharu, termasuk untuk bahan mentah dan bahan pembungkusan.

Supplier Assessment Process
  • Program Rantaian Nilai Global (GVC)

    Ajinomoto (Malaysia) Berhad telah melancarkan Program GVC dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan JC3 yang bertujuan untuk menggalakkan perolehan sumber bekalan yang mampan serta menyokong pembekal dalam usaha mengurangkan jejak karbon mereka. Program ini membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia memulakan perjalanan kelestarian melalui penyediaan latihan, peralatan serta sokongan pemantauan.

    • Sehingga kini, 26 pembekal telah menyertai program ini. Dua sesi taklimat dalam talian telah diadakan bagi memperkenalkan peralatan utama serta menekankan kepentingan penjejakan pelepasan gas rumah hijau (GHG).
    • Program ini turut menyokong pemantauan pelepasan Skop 3 di seluruh rantaian bekalan, sekali gus menggalakkan pembuatan keputusan yang lebih bermaklumat dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

    Dengan melengkapkan pembekal dengan pengetahuan dan sumber yang sesuai, Ajinomoto (Malaysia) Berhad memupuk amalan perolehan beretika, pemeliharaan alam sekitar serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab di seluruh rantaian nilainya.

Sehingga kini, 26 pembekal telah menyertai program ini. Dua sesi taklimat dalam talian telah diadakan bagi memperkenalkan peralatan utama serta menekankan kepentingan penjejakan pelepasan gas rumah hijau (GHG).