Available content keys: _layout_builder, body, links, addtoany, field_basic_page_category, field_image, field_paragraphs, field_banner, field_container_narrow, field_subheading, field_centralize_title, field_link, field_metatag, field_product_term, field_before_login_message, field_display_login_message, field_banner_overlay

Ajinomoto (Malaysia) Berhad mengutamakan pematuhan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010) dalam memproses data peribadi, memastikan pengurusan selamat data pihak berkepentingan kami. Selain itu, kami bangunkan standard dalaman dan Prosedur Operasi Standard (SOP), melengkapkan kakitangan dengan pengetahuan dan alat untuk mencegah akses tanpa kebenaran, pendedahan tanpa sengaja dan salah guna maklumat oleh pihak ketiga. 

Peraturan, Standard dan Arahan Privasi dan Keselamatan Data Ajinomoto (Malaysia) Berhad

Information Security

Peraturan Keselamatan Maklumat Ajinomoto (Malaysia) Berhad

Menggambarkan peraturan polisi asas kami mengenai penggunaan dan pengurusan maklumat dengan menyediakan peraturan dan prosedur asas mengenai keselamatan maklumat dalam Syarikat.

IT Document Management

SOP Pengurusan
Dokumen IT

Menggambarkan amalan yang disyorkan untuk menguruskan maklumat daripada dokumen fizikal dalam Syarikat.

IT Document Work Instruction

Arahan Kerja
Pengurusan Dokumen IT

Menggambarkan arahan kerja khusus untuk panduan penggunaan dan pengurusan maklumat sulit.

Berbekalkan peraturan, standard dan arahan yang tersedia, kakitangan Ajinomoto (Malaysia) Berhad berupaya mencegah pendedahan maklumat tanpa kebenaran dan tanpa sengaja kepada pihak ketiga,salah guna maklumat dan seterusnya, memastikan pengurusan maklumat peribadi dan sulit yang betul dalam Syarikat.

Memperkukuh Pematuhan E-Invois dan Integrasi Digital

Bagi menyokong usaha transformasi digital dan pematuhan kawal selia kami, tiga bengkel e-invois telah dilaksanakan pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2025 (Q1 FYE2025). Inisiatif ini dianjurkan dengan kerjasama perunding cukai kami bagi memperkukuh pemahaman dalaman terhadap spesifikasi teknikal dan keperluan pematuhan. Analisis jurang turut dijalankan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam memastikan proses kami selaras dengan piawaian e-invois.

Sejak Ogos 2024, kami telah berjaya mengemukakan e-invois kendiri (self-billed) secara konsolidasi dan individu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui penyedia perisian tengah (""middleware"") sepanjang tempoh kelonggaran. Pada 1 Februari 2025, kami telah melaksanakan borang e-invois baharu dalam sistem, aplikasi dan produk kami dalam sistem pemprosesan data (“SAP”) bagi membolehkan penghantaran terus melalui API LHDNM, sambil mengekalkan keserasian sepenuhnya dengan skim e-invois serta SDK yang ditetapkan.

Usaha ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan digital kami dengan meningkatkan kecekapan pemprosesan invois, mempertingkatkan ketepatan serta menegaskan komitmen kami terhadap pematuhan kawal selia dan inovasi digital."