Available content keys: _layout_builder, body, links, addtoany, field_basic_page_category, field_image, field_paragraphs, field_banner, field_container_narrow, field_subheading, field_centralize_title, field_link, field_metatag, field_product_term, field_before_login_message, field_display_login_message, field_banner_overlay

Kod dan Polisi Ajinomoto (Malaysia) Berhad 

 

Code of Conduct

Tatakelakuan


Kod ini menggambarkan jangkaan Syarikat terhadap standard tingkah laku profesional sewaktu berurusan bagi pihak Syarikat, dan bertindak sebagai rujukan yang menyokong usaha membuat keputusan harian. 


Meliputi isu yang terdiri daripada alam sekitar, hak asasi manusia, kualiti produk dan urus niaga. 

Whistleblower

Polisi Pemberi Maklumat


Polisi ini menyediakan ruang yang selamat kepada kakitangan untuk melaporkan sebarang tingkah laku tidak sepatutnya yang berlaku dalam Ajinomoto (Malaysia) Berhad.


Polisi ini memastikan pemberi maklumat dilindungi daripada kemungkinan tindakan balas, di samping langkah-langkah pembetulan dan pencegahan yang boleh dilaksanakan sekiranya salah laku dibuktikan terjadi. 

Anti-Corruption

Polisi Anti-Rasuah dan Sogokan


Polisi ini menggariskan ketetapan tiada kompromi Ajinomoto Malaysia kepada ahli Lembaga Pengarah, kakitangan dan rakan perniagaan agar tidak terlibat dalam meminta imbuhan tidak wajar, rasuah dan sebarang tindakan sogokan seiring dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 

Director's Fit and Proper Policy

Polisi Sesuai dan Layak Pengarah


Polisi ini menggariskan kriteria dasar untuk semakan dan penilaian lantikan calon ke jawatan Lembaga Pengarah atau lantikan semula Pengarah.

Polisi Kumpulan Ajinomoto (Ajinomoto Group Policies, “AGP”) yang diwujudkan oleh Ajinomoto Co., membentuk asas kepada budaya korporat AMB. Polisi ini menetapkan nilai bersama serta piawaian etika yang menjadi panduan dalam cara kami menjalankan perniagaan dan tingkah laku para pekerja. AGP merangkumi 11 prinsip utama yang disokong oleh garis panduan terperinci bagi memastikan pelaksanaan yang berkesan sewajarnya. Polisi ini sentiasa dikemas kini melalui semakan berkala bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang semasa serta amalan terbaik industri.

Bagi memperkukuh integriti dan kebertanggungjawaban, Lembaga Pengarah telah mengemas kini Polisi Pemberi Maklumat (Whistleblowing Policy) dan Polisi Anti-Rasuah pada Jun 2024. Penambahbaikan ini menggalakkan pekerja untuk melaporkan sebarang pelanggaran undang-undang, ketidakadilan, risiko terhadap kesihatan, keselamatan atau alam sekitar serta sebarang cubaan untuk menyembunyikan perkara tersebut. Kami juga memastikan bahawa pekerja baharu dimaklumkan mengenai polisi-polisi ini semasa program orientasi.

Jawatankuasa Pengurusan Risiko (RMC) kami menyelia hal ehwal risiko, menjalankan penilaian tahunan, serta melaporkan dapatan kepada Lembaga Pengarah untuk tindakan selanjutnya.

DJI Aerial View