Available content keys: _layout_builder, body, links, addtoany, field_basic_page_category, field_image, field_paragraphs, field_banner, field_container_narrow, field_subheading, field_centralize_title, field_link, field_metatag, field_product_term, field_before_login_message, field_display_login_message, field_banner_overlay

Kami bersungguh-sungguh memastikan pengurangan sisa dan mengguna pakai strategi 4R iaitu Kurangkan, Guna Semula, Kitar Semula dan Peroleh Semula. Pelaksanaan strategi 4R ini melibatkan pengasingan sisa pada sumbernya, memastikan pelabelan dan proses kitar semula yang betul. Ini bermakna kemudahan pengasingan sisa kami terdiri daripada sisa yang boleh dikitar semula untuk pusat kitar semula dan rawatan, sisa am untuk tapak pelupusan yang dibenarkan dan sisa terjadual yang dikendalikan oleh kontraktor-kontraktor pihak ketiga yang berlesen. Sisa berjadual ini dihasilkan daripada aktiviti penyelenggaraan, makmal Kawalan Kualiti (QC) dan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kami. 

Nisbah Kitar Semula

Usaha kami dalam amalan kitar semula di Malaysia berjaya mencapai nisbah sebanyak 87% daripada pengurusan Sisa Pepejal keseluruhan (termasuk Sisa Berjadual dan Sisa Bukan Berjadual)

Pengurusan Sisa Pepejal

Mengurangkan Pembaziran Sisa Makanan

Ajinomoto (Malaysia) Berhad komited untuk mengurangkan kehilangan kerugian makanan yang dihantar ke tapak pelupusan bagi mengelakkan pembaziran sumber semula jadi. Fokus ini dilaksanakan merangkumi keseluruhan proses rantaian bekalan kami dengan meminimumkan penghasilan kehilangan kerugian makanan serta memanfaatkan baki lebihan yang tidak dapat dielakkan sebagai bahan mentah sampingan bagi pengeluaran makanan haiwan dan pembuatan baja. Kami juga melaksanakan kerjasama antara jabatan bagi meminimumkan kehilangan kerugian makanan yang berpunca daripada operasi dan aktiviti pensampelan produk.

Kami digerakkan oleh sentiasa berusaha untuk mengurangkan sisa plastik di seluruh operasi kami. Matlamat kami adalah untuk meminimumkan penggunaan plastik dalam pembungkusan produk serta mempercepatkan peralihan ke arah ekonomi kitaran dan pembangunan mampan.

 

Inisiatif pengurangan sisa plastik kami termasuk:
1) Meningkatkan keupayaan material bahan plastik dan pembungkusan untuk dikitar semula
2) Mengurangkan penghasilan plastik melalui pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan
3)Mengamalkan rangka kerja Tanggungjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) melalui kerjasama dengan MAREA bagi meningkatkan kadar pengumpulan dan kitar semula bahan pembungkusan produk yang dijual  

Baca Selanjutnya mengenai Loji Rawatan Air Sisa Ajinomoto Malaysia

 

Pengurusan Sisa Effluen

Kami menyedari potensi kesan alam sekitar akibat pelupusan rawatan sisa air kami. Inilah sebabnya kami memantau dan menjejak efluen kami dengan teliti bagi memastikan pematuhan ketat terhadap standard kualiti pelupusan air dan peraturan tempatan.


Baca Selanjutnya mengenai Pengurusan Sisa

Loji Rawatan Sisa Air (WWTP) Ajinomoto (Malaysia) Berhad

Kami sentiasa mengawal sisa air yang dihasilkan oleh operasi kami di samping memastikan yang sisa air terhasil telah dirawat dengan cekap, berdasarkan standard A keperluan kualiti pelupusan.