Pengunaan Tenaga
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tenaga bersih Ajinomoto, sumber utama tenaga kami untuk proses pengeluaran Ajinomoto di loji Bandar Enstek merupakan gas asli sebagai bahan api lebih bersih yang menggantikan Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Minyak Diesel, di samping pemasangan sistem PV suria untuk mengurangkan jumlah keseluruhan penggunaan tenaga bahan api dan elektrik.
Memandangkan terdapat keperluan mendesak untuk meminimumkan kesan alam sekitar sambil memastikan kelangsungan operasi, kami komited untuk melaksanakan langkah-langkah kecekapan tenaga dan strategi proaktif yang ketat, bertujuan mengurangkan jejak karbon dan menyumbang ke arah pengurangan risiko yang berkaitan iklim.
Inisiatif Kecekapan Tenaga
- Pembaikan Kebocoran Wap dan Pemulihan Air Kondensat
- Program Pemantauan dan Pembaikan Kebocoran Udara Termampat
- Pemasangan Unit Penyaman Udara Berkecekapan Tinggi
- Audit Tenaga
Penggunaan Tenaga Boleh Diperbaharui
- Kajian Kesesuaian Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS), Dandang Elektrik dan Sistem Pra‑Pemanasan
- Perolehan Sijil Tenaga Boleh Diperbaharui (REC) daripada Tenaga Hidro
- Penerusan Kelanjutan Penjanaan Tenaga Suria Dalaman
Inisiatif Kecekapan Tenaga
Penggunaan diesel kekal pada paras yang hampir sama dari tahun 2023 hingga 2025, manakala penggunaan petrol meningkat setiap tahun. Penggunaan minyak bahan api ringan dan LPG telah dihentikan selepas tahun 2023. Penggunaan gas asli pula meningkat dengan ketara daripada kira-kira 596,000 Sm³ pada tahun 2023 kepada hampir 1.6 juta Sm³ pada tahun 2025.
Perolehan Tenaga Boleh Diperbaharui melalui Skim yang Diiktiraf
Bagi memperkukuh lagi peralihan kami ke arah tenaga hijau, kami berhasrat untuk memperoleh bekalan tenaga suria secara maya daripada pihak ketiga yang boleh dipercayai melalui inisiatif Program Tenaga Hijau Korporat (Corporate Green Power Programme, CGPP) yang diperkenalkan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Pada tahun 2023, 25% daripada elektrik yang digunakan oleh Ajinomoto (Malaysia) Berhad dihasilkan oleh panel solar yang dipasang di atas bumbung kami, dan kami merancang untuk meningkatkan peratusan ini pada masa hadapan melalui pengoptimuman.
Ini dimungkinkan melalui pelaksanaan penuh penjanaan tenaga solar di kilang pembuatan Bandar Enstek sejak Oktober 2022.
Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG)
Kami kurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) secara keseluruhan dalam operasi dan mengekalkan metrik prestasi tahunan berkaitan iklim kami, berdasarkan sasaran Kumpulan mengenai pelepasan tenaga. Di samping itu, kami turut menjejak sumber-sumber yang mungkin menyumbang kepada perubahan iklim, seperti kerugian makanan (yang mecerminkan ketidakcekapan sumber pengeluaran) dan sisa plastik di seluruh bahagian Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

Penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) Emas
Dibina untuk masa depan yang lebih hijau, kilang mesra alam kami telah memperoleh penarafan berprestij GBI Emas—membuktikan komitmen kami terhadap kelestarian dan kecemerlangan alam sekitar.