Kuih Siput Berkeju

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

Cadangan hidangan: 4-6 orang

Alat: Acuan cangkerang snek

Bahan-bahan:
2 cawan Tepung gandum
3 sudu kecil SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna
3 sudu besar Mentega
1 biji Telur
3 sudu besar Santan
3 sudu besar Air
Secukupnya Minyak masak
2 tangkai Daun kari
3 sudu kecil Serbuk Keju
Cara Menyediakan
  1. Campurkan tepung gandum dan SERI-AJI® Perencah Rempah Gorengan Serbaguna, Kacau sehingga sekata.
  2. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan telur dan kacau sebati.
  4. Masukkan santan dan air,uli sehingga menjadi doh.
  5. Cubit sedikit doh, bentukkan menjadi bola. Tekan pada papan acuan. Gulungkan. Ulang langkah sehingga habis.
  6. Panaskan minyak masak. Dengan api yang kecil, gorengkan daun kari bersama gulungan doh sehingga keperangan.
  7. Sejukkan dan taburkan serbuk keju di atas kuih siput. Campurgaulkan sehingga sekata. Sedia untuk dihidang.

Kongsi Artikel Ini