Jeli Serai bersama Sirap Limau Kasturi

Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Jeli Serai bersama Sirap Limau Kasturi

Bahan-bahan: sirap limau kasturi
200 ml Air panas
6 Limau kasturi, diperah jus
9-10 peket Pemanis Pal Sweet® atau secukup rasa
Bahan-bahan A: jeli
1.2 liter Air
4 tangkai Serai, ditumbuk
4 cm (20 g) Halia, ditumbuk
5 helai Daun limau purut
2 helai Daun pandan, disimpul
55 g Gula merah lembut
15 g Serbuk jeli segera
Bahan-bahan B: hiasan
Sedikit Daun pudina
Cara Menyediakan
  1. Cara menyediakan sirap limau kasturi, campurkan air panas dan jus limau kasturi, didihkan. Padam api dan taburkan Pemanis Pal Sweet®. Kacau sekata dan simpan di dalam peti sejuk.
  2. Cara mambuat jeli, didihkan air bersama serai, halia, daun limau purut dan daun pandan. Kecilkan api dan reneh selama 20 minit hingga harum.
  3. Tapis campuran jeli, masukkan gula merah dan serbuk jeli. Kacau hingga larut seluruhnya. Panaskan campuran sehingga mendidih.
  4. Tuang campuran jeli ke dalam mangkuk. Biar menjadi pejal dan simpan di dalam peti sejuk.
  5. Cara hidang, senduk dan pecahkan jeli, letak di dalam cawan ataupun mangkuk. Siram dengan sirap limau kasturi dan hias dengan daun pudina.

Kongsi Artikel Ini