4,700 Penunggang Basikal Mendapat Manfaat daripada aminoVITAL® di L’Étape Malaysia by Tour de France

 

KUALA LUMPUR, 24 Jun 2022 – Ajinomoto (M) Berhad (AMB) mengambil inisiatif untuk menyebarkan manfaat daripada minuman berperisa jeli epal aminoVITAL® dengan asid amino, Jenama No. 1 di Jepun dengan menaja L’Étape Malaysia by Tour de France. Ini merupakan sebagai sebahagian daripada Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) dalam mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan individu aktif. Acara tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Dato' Ghazi pada 4 Jun 2022 di Desaru Coast, Johor bersama-sama 4,700 penunggang basikal.

AMB telah berbesar hati mengalu-alukan kunjungan Datuk Onn Hafiz di reruai aminoVITAL®. Reruai ini dilengkapi dengan penglibatan Ajinomoto Co., Inc. dalam acara sukan antarabangsa seperti Olimpik 2020 dan Sukan SEA ke-31 di Vietnam serta maklumat nutrisi sukan mengenai Asid Amino Rantaian Bercabang (BCAA). BCAA sesuai untuk daya tahan sukan bagi meningkatkan prestasi senaman, menguatkan daya tahan otot, membantu dalam pemulihan otot, dan mengurangkan keletihan otot. Aktiviti-aktiviti interaktif turut dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan mereka tentang maklumat nutrisi sukan.

Sepanjang acara berbasikal tersebut, penunggang basikal telah dibekalkan dengan aminoVITAL® di stesen air untuk memberi tenaga dan merasai manfaat BCAA. Selain itu, di reruai aminoVITAL®, AMB turut mengadakan promosi untuk para penunggang basikal mendapatkan produk pada harga istimewa termasuk beberapa hadiah percuma sepanjang acara itu berlangsung.  

AMB berharap melalui inisiatif ASV ini, kita dapat menyokong individu aktif untuk pemulihan yang lebih baik melalui “Healthy Eating, Active Living”.

Siaran Akhbar