Ajinomoto (M) Berhad Bekerjasama dengan Atlet Negara dalam Program Nutrisi Sukan sebagai Persiapan Sukan SEA ke-31, Vietnam

Ajinomoto (M) Berhad Collaborates with National Athletes in Sports Nutrition Program as the Preparation of the 31st SEA Games, Vietnam

KUALA LUMPUR, 21 April 2022 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah bekerjasama dengan tiga atlet negara sebagai persiapan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31 yang akan berlangsung di Vietnam pada Mei 2022. Satu sidang media telah dianjurkan hari ini di Majlis Sukan Negara Malaysia, Kuala Lumpur untuk mengumumkan kerjasama yang bermakna antara AMB dan Pasukan Olahraga Negara ini.

Ajinomoto Co., Inc. sebagai penaja utama Sukan SEA yang merupakan salah satu acara sukan terbesar di Asia Tenggara, terus memperjuangkan ASEAN Victory Project® untuk menyokong pelaziman atlet peringkat atasan melalui program nutrisi dan kemajuan dalam teknologi asid amino.

Di Malaysia, tiga atlet negara iaitu atlet lompat tinggi Nauraj Singh Randhawa, atlet heptathlon Norliyana Kamaruddin, dan atlet lempar cakera Queenie Ting Kung Ni mengambil bahagian dalam program nutrisi sukan “Winning Meals Kachimeshi®” dari Mac hingga Julai 2022. Sepanjang program ini, para atlet dididik dan dihidangkan dengan diet seimbang yang disusun khas oleh pakar pemakanan untuk memenuhi keperluan dan sasaran latihan atlet. Di samping itu, diet atlet telah digabungkan dengan aminoVITAL® AMB yang dirumus dengan Asid Amino Rantaian Bercabang (BCAA) untuk meningkatkan prestasi senaman, menguatkan daya tahan otot, membantu dalam pemulihan otot, dan mengurangkan keletihan otot.

“Komitmen Kumpulan Ajinomoto terhadap mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat adalah sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV). ASV mewakili komitmen kami yang tidak berubah untuk meneruskan misi dalam menyumbang kepada makanan dan kesihatan dunia, serta kehidupan yang lebih baik untuk masa hadapan. Berasal daripada Victory Project® yang bermula pada 2003, telah membolehkan kami menggunakan kepakaran untuk memacu kemajuan makanan dan kesihatan, khususnya dalam nutrisi sukan. Sepanjang tahun, syarikat telah menyokong pelbagai atlet dari Jepun ke negara-negara ASEAN secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, dan Singapura dalam mencapai kemenangan di kejohanan antarabangsa.,” kata Tomoharu Abe, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif dari Ajinomoto (Malaysia) Berhad.                                         

“Tahun ini, kami berbangga dapat menyokong para atlet Malaysia dengan menyediakan hidangan benutrisi yang sesuai serta minuman asid amino, aminoVITAL®, sebagai persiapan untuk merebut kemenangan dalam Sukan SEA ke-31 2021. Sukan Malaysia progresif dan mampu melahirkan atlet berprestasi tinggi bertaraf dunia. Melalui integrasi nutrisi dan sukan oleh Kumpulan Ajinomoto, saya berharap Nauraj Singh, Norliyana, dan Queenie Ting akan menzahirkan potensi mereka yang sepenuhnya dan membanggakan Malaysia,” tambah Abe. 

Sebagai sebahagian daripada acara kemuncak Winning Meals Kachimeshi® dan aminoVITAL® sepanjang Sukan SEA, AMB juga akan menjalankan beberapa siri promosi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, terutamanya dalam kalangan rakyat Malaysia yang aktif tentang kepentingan nutrisi sukan dalam menyokong gaya hidup aktif dan kehidupan sihat mereka. Pastikan anda mengikuti halaman media sosial Ajinomoto (Malaysia) Berhad @myajinomoto di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube serta @aminoVITAL® di Facebook.

Siaran Akhbar