Ajinomoto (M) Berhad Mengucapkan Tahniah kepada Pemenang Pingat di bawah ASEAN Victory Project® dalam Sukan SEA ke-31 2021

Ajinomoto (M) Berhad Congratulates the Medallists under the ASEAN Victory Project® in the 31st SEA Games 2021

 

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2022 – Ajinomoto (M) Berhad (AMB) ingin mengambil kesempatan untuk menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada tiga atlet negara di bawah kerjasama ASEAN Victory Project® atas kemenangan pingat perak dan gangsa dalam Sukan SEA ke-31, Vietnam 2021.

Tiga atlet tersebut ialah Nauraj Singh Randhawa atas kemenangan pingat perak dalam acara lompat tinggi, Queenie Ting Kung Ni atas kemenangan pingat perak dalam acara lempar cakera, dan Norliyana Kamaruddin atas kemenangan pingat gangsa dalam heptatlon.

Sepanjang program nutrisi sukan 'Winning Meals' Kachimeshi® di bawah ASEAN Victory Project®, ketiga-tiga atlet itu telah dididik dan dihidangkan dengan diet yang seimbang bagi memenuhi keperluan latihan dan sasaran dalam persediaan menghadapi Sukan SEA ke-31 2021. Diet atlet turut digabungkan dengan minuman jeli asid amino aminoVITAL® Ajinomoto untuk menyokong prestasi senaman, dan daya tahan serta pemulihan otot.

Sokongan AMB dalam nutrisi sukan bermula pada tahun 2019 melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah "Sports Nutrition Awareness Project", yang bertujuan untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan nutrisi sukan dalam kalangan atlet pelajar sebagai sebahagian daripada inisiatif *ASV.

Projek tersebut kini sedang berlangsung dan melibatkan dua sekolah sukan negara iaitu Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Malaysia Pahang, dan akan diperluaskan ke sekolah sukan lain pada masa hadapan.

AMB berharap program ‘Winning Meals’ Kachimeshi® ini akan dapat menyokong dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia khususnya atlet negara dan masyarakat umum yang aktif bersukan dalam memupuk amalan ‘pemakanan sihat, hidup aktif’.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ‘Winning Meals’ Kachimeshi®, sila layari https://www.ajinomoto.com.my/asv/about-sports-nutrition

 

Siaran Akhbar