Ajinomoto (Malaysia) Berhad Raih Dua Pengiktirafan di AREA 2026 atas Kecemerlangan Kelestarian

KUALA LUMPUR, 2 JULAI 2026 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah mencapai satu lagipencapaian penting dalam perjalanan kelestariannya apabila menerima dua anugerah dalam kategoriGreen Leadership dan Corporate Sustainability Reporting di Asia Responsible Enterprise Awards (AREA)2026, yang berlangsung di InterContinental Kuala Lumpur.
Dianjurkan oleh Enterprise Asia dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, AREAmerupakan antara platform anugerah terkemuka di Asia yang mengiktiraf syarikat atas amalanperniagaan mampan dan bertanggungjawab. Sejak diperkenalkan pada tahun 2011, anugerah ini telahmemberi pengiktirafan kepada lebih daripada 2,000 syarikat merentasi 19 negara.
Mewakili AMB pada majlis anugerah tersebut ialah Pengarah Kanan Bebas Bukan Eksekutif, ClementCheong Heng Choy, Ketua Pegawai Pengeluaran, Yong Kum Cheng, Pengurus Besar Kanan, Ramesh Sadiappan, Timbalan Pengurus Besar Kanan, Lee Soon Howe, serta Pakar Kanan, Nurul Hamizah Abd Halim.
Pengiktirafan berganda ini mencerminkan komitmen berterusan AMB dalam mengintegrasikan kelestarian ke dalam operasi perniagaan dan strategi korporatnya, dengan penekanan terhadap penjagaan alam sekitar, tadbir urus yang bertanggungjawab serta pelaporan yang telus.
Di bawah kategori Green Leadership, AMB diiktiraf atas usaha berterusannya dalam memacu inisiatif penyahkarbonan dan ekonomi kitaran. Sejak tahun 2018, kilang AMB di Bandar Enstek telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pembangunan bangunan hijau, penggunaan teknologi cekap tenaga, penyelesaian tenaga boleh diperbaharui serta alternatif bahan api yang lebih bersih bagi mengurangkan pelepasan karbon. Usaha ini menyumbang kepada pencapaian penarafan Emas Indeks Bangunan Hijau (GBI) bagi kilang tersebut pada tahun 2024.
AMB turut memperkukuh prestasi alam sekitarnya menerusi inisiatif tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan sisa. Sistem solar fotovoltaik 4.2 MW miliknya menjana kira-kira 4,500 MWh tenaga bersih setiap tahun, menyumbang sebanyak 24% daripada jumlah penggunaan elektrik pada FY2025. Melalui pendekatan 4R iaitu Reduce (Kurangkan), Reuse (Guna Semula), Recycle (Kitar Semula) dan Recover (Pemulihan), AMB berjaya mencapai kadar kitar semula sisa pepejal sebanyak 92.4% serta kadar pemulihan kehilangan makanan sebanyak 98.4% pada FY2025.
Dalam kategori Corporate Sustainability Reporting, AMB diiktiraf atas komitmennya terhadap ketelusan, akauntabiliti dan pendedahan laporan kelestarian yang berwibawa. Berpandukan empat tonggak kelestarian iaitu Memupuk Amalan Perniagaan Beretika, Mempromosikan Kesihatan dan Kehidupan Lebih Baik, Penjanaan Semula Alam Sekitar, serta Memperkasa Individu dan Komuniti, AMB
terus memperkukuh amalan pelaporannya selaras dengan keperluan tadbir urus Bursa Malaysia serta piawaian global.
Pencapaian ini menandakan satu lagi mercu penting dalam perjalanan kelestarian AMB. Melangkah ke hadapan, AMB kekal komited untuk mencipta nilai jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan, sambil terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pemeliharaan alam sekitar menerusi amalan perniagaan yang mampan.
Siaran Akhbar
- Bernama (Bahasa) 2 July 2026
- Bernama (English) 2 July 2026
- Bernama Biz (Bahasa) 2 July 2026
- Bernama Biz (English) 2 July 2026
- Borneo Post (KK) 4 July 2026
- Daily Express (KK) 3 July 2026
- Malaysia Sun 2 July 2026
- New Sarawak Tribune 3 July 2026
- New Straits Times 3 July 2026
- The Star 2 July 2026
- Utusan Malaysia 2 July 2026