Ajinomoto Malaysia telah Melancarkan Kempen Pemakanan Sihat dengan Memperkenalkan Logo Baharu “Smart Salt”

Ajinomoto Malaysia has Launched a Healthy Eating Campaign with the Introduction of the New "Smart Salt" Logo
 

KUALA LUMPUR, 17 Februari 2023 – Memerangi penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi dan penyakit jantung yang disebabkan oleh pengambilan garam yang berlebihan kekal sebagai salah satu keutamaan Kumpulan Ajinomoto dalam usaha untuk menangani isu kesihatan sedunia. Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan agar orang dewasa mengambil tidak lebih daripada 5g (1 sudu kecil) garam setiap hari, purata pengambilan garam di Malaysia melebihi jumlah yang disyorkan sebanyak 58%, iaitu bersamaan dengan 7.9g bagi setiap orang dewasa.


Sebagai sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV), Ajinomoto (M) Berhad (AMB) telah melancarkan “Kurang Garam, Umami Je” pada Julai 2021, iaitu kempen pemakanan sihat yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik orang ramai tentang menjalani gaya hidup lebih sihat dengan mengurangkan pengambilan garam melalui penggunaan AJI-NO-MOTO® untuk mengekalkan keenakan hidangan. Monosodium glutamat (MSG) AJI-NO-MOTO® adalah jalan penyelesaian Kumpulan Ajinomoto dalam membantu orang ramai mengawal pengambilan garam mereka, kerana MSG tulen mempunyai 2/3 kandungan sodium lebih rendah daripada garam biasa. Dengan menggunakan AJI-NO-MOTO® dalam hidangan harian, kita akan dapat mengurangkan penggunaan garam sehingga 40% sambil mengekalkan keenakan hidangan melalui rasa Umami.
 

Pada tahun 2020, Ajinomoto Co. Inc Japan telah mencadangkan logo “Smart Salt” untuk projek pengurangan sodium baharu dengan rancangan untuk melaksanakan logo yang sama di peringkat antarabangsa untuk mencapai cadangan yang selaras pada skala global. Hasil daripada perlaksanaan ini, AMB telah menyepadukan logo “Smart Salt” dengan slogan kempen “Kurang Garam, Umami Je” dan memperkenalkan wajah dan rasa baharu bagi kempen sedia ada kepada semua rakyat Malaysia pada tahun 2023. Logo baharu itu akan selari dengan keinginan pengguna moden untuk gaya hidup yang lebih sihat dan berkhasiat melalui kempen “Smart Salt: Kurang Garam, Umami Je!”. Di samping itu, setiap warna dalam logo baharu tersebut membawa maksud tersendiri: hijau mewakili kesihatan, biru mewakili garam, dan jingga mewakili Umami. AMB bersedia untuk menghebahkan logo baharu itu di platform digital dan bas bandar di seluruh Lembah Klang.


Melalui inisiatif ini, AMB akan terus mempromosikan resipi yang lebih sihat lagi lazat kepada rakyat Malaysia dengan menggalakkan penggunaan AJI-NO-MOTO® dalam hidangan harian mereka. Di samping itu, AMB juga akan berusaha untuk merealisasikan visi mereka untuk menjadi "Syarikat Makanan Halal Sedunia Bersentrik Pelanggan" yang akan menyumbang kepada penyelesaian Isu Makanan dan Kesihatan Rakyat melalui Kepakaran dan Penyelesaian Inovatif Kami.


Untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila layari www.ajinomoto.com.my, www.umamilicious.my atau laman Facebook Page@ Hi Ajinomoto MY.

Siaran Akhbar