Bergiat Aktif dan Menangi Hadiah melalui “aminoVITAL® Moments”

Get Active and Win Prizes through aminoVITAL® Moments

KUALA LUMPUR, 26hb November 2021 – Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) ingin menggalakkan orang ramai mula mengamalkan aktiviti fizikal dengan menyertai kempen “aminoVITAL® Moments” dan berpeluang memenangi hadiah menarik yang bernilai sehingga RM10,000, termasuk hadiah wang tunai, jam tangan pintar Garmin terkini serta produk aminoVITAL®.

Untuk menyertai kempen ini, anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut: tekan ‘Like’ pada halaman Facebook atau akaun Instagram @myaminovital, ambil gambar atau video senaman anda yang menampilkan produk aminoVITAL®, kongsi pengalaman anda menggunakan produk aminoVITAL® dengan hashtag #aminoVITALMoment #Ajinomoto #aminoVITAL dan teg @myaminovital dalam siaran anda!

Lekas kerana kempen tersebut berlangsung dari 18 Oktober hingga 30 November 2021! Kami turut menawarkan promosi istimewa bagi produk aminoVITAL® di Kedai Perdana E-Dagang AMB di Shopee dan Lazada sepanjang tempoh kempen diadakan.

Menurut Kajian Kesihatan Penduduk yang telah dijalankan, hasil mendapati bahawa peningkatan trend yang membimbangkan dalam keberleluasaan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti kencing manis, hipertensi dan lain-lain adalah disebabkan oleh kekurangan kegiatan aktiviti fizikal.

Kumpulan Ajinomoto akan terus berusaha untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan komuniti melalui inovasi dan kepelbagaian produk selama lebih satu abad sebagai sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV).

Untuk lebih banyak inspirasi, orang ramai juga boleh melayari laman media sosial Juara Boling Malaysia, Syaidatul Affifah, untuk mengetahui cara beliau berjaya pulih dengan cepat melalui Rantaian Asid Amino Bercabang (BCAA) yang terkandung dalam produk aminoVITAL® selepas bersenam.

Selain itu, AMB juga telah menjadi penaja nutrisi bagi Percubaan Rekod Dunia Raj Ahmed untuk melaksanakan sebanyak 6,000 Burpee dalam masa 12 jam. Sebagai sebahagian daripada latihannya, Raj telah menggunakan produk aminoVITAL® yang sangat membantu dalam meningkatkan tenaga dan pemulihan ototnya. Acara amal itu telah diadakan pada 16 Oktober 2021 melalui sesi siaran langsung di Facebook anjuran Total Running Club.

Dengan inisiatif ASV, AMB berharap agar dapat menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan komuniti setempat serta masyarakat dengan meluas. Ayuh bersama-sama kita memerangi risiko NCD dalam kalangan rakyat Malaysia dan “Eat Well, Live Well” bersama Syarikat Ajinomoto.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Meor / Ms. Cindy di talian +60-3-7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar