Eratkan Ikatan Keluarga di Rumah dengan Seri-Aji®

Strengthen Family Bonding at Home with Seri-Aji®

KUALA LUMPUR, 15hb Oktober 2021 – Kehidupan yang sibuk mungkin menjadi penghalang dalam meluangkan masa dengan orang yang tersayang, dan kerana itu, masa yang berkualiti dengan keluarga dan rakan menjadi antara hadiah terbaik yang dapat diberikan oleh seseorang. Melalui sikap empati terhadap gaya hidup yang pelbagai, Syarikat Ajinomoto mewujudkan masa lapang melalui memasak secara bijak yang membolehkan sesiapa sahaja masak dengan lebih mudah. Inisiatif ini mendorong orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menikmati aktiviti memasak, walaupun pada hari yang sibuk.

Dalam usaha untuk melaksanakan inisiatif ini, rangkaian produk Seri-Aji® terdiri daripada perencah menu khusus yang dapat membantu para pengguna menyediakan hidangan yang dimasak di rumah dengan cepat dan mudah. Selama beberapa dekad, pelbagai perencah nasi goreng kami telah menjadi salah satu barisan produk yang paling digemari dalam kalangan para pengguna. Baru-baru ini, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah melancarkan dua varian Seri-Aji® baharu, iaitu Tepung Goreng Pisang dan Tepung Goreng Cucur untuk membolehkan penyediaan snek minum petang dengan cepat dan mudah.

Tepung Goreng Pisang Seri-Aji® yang baharu diperbuat daripada pelbagai tepung untuk menghasilkan tekstur yang rangup serta meningkatkan keenakan pisang goreng dengan sedikit aroma vanila manis. Namun, Tepung Goreng Pisang ini juga sesuai untuk menggoreng nangka, ubi kayu dan ubi jalar.

Selain itu, Tepung Goreng Cucur Seri-Aji® yang baru dilancarkan adalah pelengkap yang sempurna untuk menyediakan snek gorengan yang enak dan lazat kerana ia diperkaya dengan pelbagai perencah dan rempah ratus yang dapat menambahkan tekstur rangup di bahagian luar sambil mengekalkan kelembutan isi di bahagian dalam. Tepung Goreng Cucur sesuai digunakan bersama udang dan sayur-sayuran.

Oleh kerana duo tepung goreng Seri-Aji® yang baharu ini, buah-buahan dan sayur-sayuran dapat dijadikan snek yang sempurna untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, kita juga dapat mendorong dan meningkatkan pengambilan sayur-sayuran dalam kalangan kanak-kanak yang cerewet, biarpun pada waktu minum petang. Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Menerusi rangkaian produk Seri-Aji® yang luas, AMB berharap dapat meringankan beban para suri rumah dan ibu bapa yang bekerja ketika menyediakan hidangan berkhasiat untuk keluarga tersayang. Tiada lagi yang dapat mengeratkan ikatan keluarga selain berkongsi hidangan yang lazat serta memuaskan bersama seisi keluarga. Produk Seri-Aji® boleh didapati di kedai runcit, pasar raya dan platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.

Serikan minum petang anda dan “Eat Well, Live Well” bersama Syarikat Ajinomoto!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mr. Meor / Ms. Cindy di talian +60-3-7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar