“Kurang Garam, Umami Je” bersama Syarikat Ajinomoto

“Kurang Garam, Umami Je” bersama Syarikat Ajinomoto

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2021 – Kajian Garam Komuniti Malaysia yang telah dijalankan pada tahun 2019 menunjukkan bahawa pengambilan garam dalam kalangan 4 daripada 5 orang dewasa di Malaysia melebihi jumlah yang disyorkan. Penggunaan garam yang berlebihan boleh meningkatkan risiko dijangkiti penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan juga strok. Malah, orang yang menghidap NCD lebih terdedah kepada komplikasi disebabkan COVID-19 yang lebih teruk atau membawa maut.

Kumpulan Ajinomoto secara berterusan menangani masalah sosial sedunia melintasi rantaian nilai serta bermatlamat untuk menyelesaikannya melalui inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV). Untuk mengatasi penggunaan garam berlebihan dalam kalangan rakyat Malaysia, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah melancarkan kempen "Kurang Garam, Umami je". Kempen ini bertujuan untuk mendorong masyarakat umum mengurangkan pengambilan garam dalam masakan seharian mereka bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Pelbagai aktiviti menarik telah diatur dari 25 Julai hingga 30 September 2021.

Sebanyak RM11,000 hadiah wang tunai menanti anda melalui "Low Sadium Recipe Challenge" yang boleh anda sertai dan menangi dari 25 Julai hingga 12 September 2021. Tunjukkan kreativiti anda dalam menyediakan resipi yang sedap serta rendah garam dengan menggunakan penambah perisa Umami AJI-NO-MOTO®. Anda hanya perlu mengambil gambar hidangan anda, muat naik resipi hidangan tersebut dan nyatakan jumlah garam dan penambah perisa Umami AJI-NO-MOTO® yang digunakan. Kemudian, teg Facebook atau Instagram Hi Ajinomoto MY. Tunggu apa lagi? Rebut peluang anda sekarang!

Bukan itu sahaja, kami juga telah mengatur sesi "Zoom Cooking Class" untuk meningkatkan kesedaran mengenai pengambilan rendah garam dalam kalangan masyarakat umum yang akan berlangsung dari 21 Ogos hingga 4 September 2021. Ambil kesempatan ini untuk bertemu dengan pakar kulinari seperti Chef Lin, Chef Man dan Chef Azreen yang akan berkongsi resipi rendah garam yang menarik dan lazat dengan anda. Jangan lupa untuk menempah slot anda melalui halaman Hi Ajinomoto MY Facebook atau gerai maya Syarikat Ajinomoto di Pameran Maya Bulan Nutrisi Malaysia (NMM). Ayuh sertai kami hari ini, lebih ramai lebih meriah!

Inisiatif ASV berusaha untuk merangkumi setiap aspek masyarakat dan turut akan menumpukan perhatiannya kepada golongan yang memerlukan semasa penularan wabak ini. AMB telah bekerjasama dengan Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk menyumbangkan bahan makanan kepada lebih daripada 400 buah keluarga yang tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di seluruh Lembah Klang. Melalui sumbangan ini, Syarikat berharap agar inisiatif ini dapat mengurangkan beban masyarakat sepanjang waktu yang mencabar ini.

Melalui kempen "Kurang Garam, Umami Je", kami di AMB berharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk "Eat Well, Live Well" bersama Syarikat Ajinomoto. Kekal sihat dan selamat!

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Meor Azwin / Cik. Cindy Chan di talian +603 7980 6958 (Ext 264 / 439) atau meor@ajikl.com.my / liting@ajikl.com.my

Siaran Akhbar